Hi! Welcome Back and Stay Tune! Didakwa amal kronisme, Kelantan sedia disiasat SPRM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Didakwa amal kronisme, Kelantan sedia disiasat SPRM

Persatuan Peniaga Pasar Besar Pasir Puteh semalam membuat laporan kepada SPRM Kelantan bagi menyiasat dakwaan wujudnya salah guna kuasa dan kronisme. — Foto oleh Yusof Mat IsaPersatuan Peniaga Pasar Besar Pasir Puteh semalam membuat laporan kepada SPRM Kelantan bagi menyiasat dakwaan wujudnya salah guna kuasa dan kronisme. — Foto oleh Yusof Mat IsaKOTA BARU, 25 Okt — Kerajaan negeri Kelantan sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan kenyataan Persatuan Peniaga Pasar Besar Pasir Puteh yang mendakwa berlakunya salah guna kuasa dan kronisme dalam pembahagian lot kedai di kompleks perniagaan baharu, Pasar Siti Hajar, di Pasir Puteh.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata kerajaan negeri sentiasa terbuka terhadap mana-mana siasatan yang akan dilakukan oleh agensi berkenaan.

“Kita sentiasa terbuka daripada awal terhadap mana-mana siasatan yang akan dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan (exco) di Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Fattah berkata seramai 309 peniaga Pasar Besar Pasir Puteh bersetuju untuk berpindah ke pasar baharu berkenaan dalam masa terdekat.

Semalam, Persatuan Peniaga Pasar Besar Pasir Puteh membuat laporan kepada SPRM Kelantan bagi menyiasat dakwaan wujudnya salah guna kuasa dan kronisme dalam pembahagian lot kedai di kompleks perniagaan baharu itu.

Pengerusi persatuan itu Kamarzaman Che Ngah mendakwa pemilikan lot kedai itu agak meragukan dan menimbulkan isu kerana dipercayai melibatkan kakitangan atau saudara mara terdekat pihak berkuasa tempatan di jajahan tersebut. — Bernama



Sumber Didakwa amal kronisme, Kelantan sedia disiasat SPRM

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zCgZi1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.