“Uqasha sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarganya” – Sifat manja Uqasha punca Hefny Sahad terpikat
PENGACARA dan pelakon Hefny Sahad kini lebih terbuka untuk berkongsi mengenai hubungan rapat dia dengan pelakon Uqasha Senrose.
Hefny, 30, berkata dia mengenali pelakon wanita itu semenjak tiga tahun lalu namun hubungan mereka terjalin pada penghujung tahun lepas.
“Hubungan saya dengan Uqasha rapat sejak penghujung tahun lalu. Apa yang saya boleh katakan saya hanya keluar dengan dia dan tidak ada wanita lain.
“Kami sudah mengenali antara satu sama lain sejak tiga tahun lalu namun pada penghujung tahun lalu saya mula rapat dengan dia,” kata Hefny kepada mStar Online.
Hefny selesa dengan Uqasha dan terpikat dengan sikap manjanya.
Hefny ditemui ketika majlis sidang media pengumuman 30 buah lagu yang akan bertanding di separuh akhir Muzik-Muzik 32 di Dewan Tun Hussien Onn, PWCT, pada Selasa.
Menurut Hefny lagi, sikap Uqasha yang mementingkan keluarga, bertanggungjawab dan manja membuatkan hatinya terpikat.
Malah, dia mengakui kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini mempunyai ciri-ciri wanita idamannya.
“Saya lihat Uqasha sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarganya terlebih dahulu. Cara dia melayan dan menjaga adik-beradiknya membuatkan saya terpikat.
“Boleh dikatakan dia seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri wanita idaman saya. Malah, Uqasha juga seorang yang manja,” ujarnya.
Bagaimanapun, Hefny tidak ada perancangan lagi untuk membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius.
“Buat masa sekarang ini, saya tak boleh nak kata apa-apa lagi. Kami pun tidak ada perancangan untuk ke peringkat seterusnya.
“Insya-Allah kalau ada jodoh saya dan Uqasha. Harap semua doa yang baik-baik untuk kami berdua” katanya.
Hefny lebih mengutamakan bidang pengacaraan berbanding lakonan.
Dalam perkembangan lain, Hefny masih memberi keutamaan dalam bidang pengacaraan berbanding berlakon.
Namun, dia tidak akan berhenti berlakon dan hanya mengambil tawaran drama yang sesuai dengan jadualnya.
“Bidang pengacaraan ini memang keutamaan saya sejak awal memasuki dunia seni lagi. Tapi tidaklah saya berhenti daripada berlakon.
“Kalau ada tawaran yang sesuai dengan jadual saya pasti akan terima,” kata pengacara program Muzik-Muzik 32 ini.
Selain Hefny, Uqasha juga pernah digosipkan bercinta dengan Syafiq Kyle dan bekas kekasih Pekin Ibrahim.
Sumber: Mstar
Sumber “Uqasha sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarganya” – Sifat manja Uqasha punca Hefny Sahad terpikat
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iy2hp7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment