AUD/USD Menjunam Hampir 50 Pips Selepas Data CPI Dikeluarkan
Matawang Aussie jatuh mendadak awal pagi tadi selepas laporan CPI suku tahun ketiga dikeluarkan pada jam 8.30 pagi. AUD/USD susut 50 pip, atau 0.64 peratus kepada 0.7726 setakat jam 9.30 pagi.
Indeks harga pengguna (CPI) Australia meningkat lebih perlahan dan masih di bawah sasaran. Manakala inflasi teras pula kekal berada di bawah sasaran sebanyak dua kali pada tahun ini menyebabkan para pelabur menjual matawang Aussie dengan jangkaan kadar faedah dinaikkan semakin pudar.
CPI Australia tahun ke tahun (September 2016-2017) naik 1.8%, namun masih di bawah sasaran 2% bank pusat dan juga di bawah purata inflasi sekitar 1.9%.
Bacaan ini menjadikan inflasi teras terus berada di bawah sasaran Rizab Bank Australia (RBA) selama 7 suku tahun berturut-turut menyebabkan para pelabur menjangkakan RBA akan terus mengekalkan kadar 1.5 peratus mereka.
Bacaa CPI (q/q) naik 0.6 peratus pada suku tahun ke tiga berbanding 0.2 peratus pada suku tahun kedua. Namun masih di bawah ramalan penganalisis yang melihat peningkatan sebanyak 0.8%.
Antara faktor yang mengekang kenaikan inflasi adalah kejatuhan harga sayur-sayuran, petrol dan telekomunikasi.
Harga tenaga menunjukkan peningkatana tertinggi, naik 8.9 peratus pada suku tahun ketiga dan menambahkan 0.25 peratus dalam peningkatan keseluruhan CPI.
The post AUD/USD Menjunam Hampir 50 Pips Selepas Data CPI Dikeluarkan appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lfdtHY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment