Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bagaimana IKEA Berjaya Menakluki Dunia Dengan Hanya Menjual Perabot - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bagaimana IKEA Berjaya Menakluki Dunia Dengan Hanya Menjual Perabot

#1-Sejarah Pengasas IKEA.

Related image

IKEA ditubuhkan oleh Ingvar Kamprad di Almmhult, Sweden ketika dia berusia 17 tahun.

IKEA adalah akronim bagi perkataan ‘Ingvar Kamprad, Elmtaryd, Agunnaryd’ yang merujuk kepada tempat tinggalnya.

Akronim ini juga menyerupai perkataan Yunani ‘oikia’ dan ‘oikea’ dalam bahasa Finland yang membawa maksud rumah dan betul atau tepat.

Kamprad mula berniaga pada usia yang muda berbekalkan modal wang yang diberikan oleh ayahnya sebagai hadiah kerana prestasi akademiknya di sekolah cemerlang.

Peristiwa dimana datuknya membunuh diri kerana gagal menebus ladang yang digadai telah banyak memberikan kesan yang mendalam terhadap dirinya.

Oleh itu, dia telah berazam untuk mendapatkan wang yang banyak melalui pelabagai cara.

Dia pernah membeli mancis secara pukal dan dan menjualnya kepada jiran dengan basikal. Dia turut juga menjual pelbagai barangan lain seperti ikan, benih pokok, kad Krismas, alas meja, dompet dan banyak lagi.

Dia turut menjual barangan dari bangsal dan menggunakan van susu untuk membuat penghantaran.

Ketika menginjak usia dewasa, dia turut terlibat dalam gerakan Pro-NaziSweden Baru yang disifatkan sebagai satu kesilapan besar yang dia lakukan dalam hidup.

#2-Tercetusnya Idea Untuk Menjual Barangan Perabot Mampu Milik.

Image result for ikea history

Bermula pada usia 21 tahun, dia mula menjual barangan perabot di kedai IKEA yang pertama di selatan bandar Almhult, Sweden.

Pada tahun 1951, katalog IKEA pertama telah dihasilkan Kamprad sendiri.  Untuk bersaing secara kompetetif, dia membuka sebuah kedai pameran yang mana pelanggan dibenarkan untuk melihat, menyentuh, dan cuba menggunakannya sendiri dan membuat penilaian dan membeli.

Sebagai penambahbaikan dalam bisnes, 4 tahun kemudian dia memberi fokus sepenuhnya kepada rekaan bentuk perabot.

Dengan rekaan perabot yang unggul, dia menjualnya pada harga yang lebih murah daripada pesaingnya sehinggakan pesaing Kamprad memujuk pembekal untuk memboikot syarikatnya.

Meskipun begitu, Kamprad tidak menyerah kalah sebaliknya beralih kepada pembekal lain di Poland yang membekalkan dia dengan komponen yang lebih murah dalam bungkusan kotak yang leper.

Di sinilah IKEA mula kembali dalam industri dan menjadi berpengaruh ke seluruh global.

Melawan arus pasaran, berbanding dengan pesaingnya, Kamprad telah menjual perabot gaya ‘Scandinavia’ dengan harga mampu milik untuk golongan muda.

Dia juga telah mencipta proses beli-belah perabot yang baharu di mana kaedah layan diri diamalkan di pasar raya dengan jenama IKEA yang terdiri daripada pelbagai barangan.

Prinsip ini diguna pakai di semua kedai-kedai mereka di IKEA termasuklah di cawangan-cawangan mereka yang baharu dibuka di negara lain seperti di Denmark, Switzerland, Jerman, Jepun, Amerika Syarikat, China, Rusia, Turki dan banyak lagi.

#3-Pemimpin Yang Memimpin Melalui Teladan.

Image result for ikea founder

Kamprad memimpin melalui teladan dan sangat dihormati oleh pekerjanya. Malah, para pengurus dan tenaga kerjanya yang turut menjadi model dalam katelog IKEA juga merupakan pengikut setianya.

Kata Kamprad, “Bagaimana saya boleh minta orang yang bekerja dengan saya menggunakan kelas ekonomi sedangkan saya menggunakan perjalanan serba mewah. Ia adalah persoalan tentang kepimpinan yang baik.”

Dua belas ribu barangan IKEA direka bentuk di Sweden tetapi dibuat oleh 1,300 pembekal di 53 buah negara membangun bagi mengurangkan kos.

Kesemua produk IKEA menggunakan nama daripada perkataan dari negara Sweden, Denmark,Finland dan Norway berdasarkan kategori kelompok perabot.

Misalnya, bagi permainan kanak-kanak banyak diberikan nama burung, mamalia dan kata adjektif seperti ‘Duktig’ yang bermaksud bagus.

Ini merupakan strategi pemasaran dan penjenamaan yang bagus, kreatif dan unik disamping kenyataan yang Kamprad sepertimana Henry Ford dan Walt Disney, dia juga menghidap disleksia dimana mengingati nama lebih senang berbanding nombor.

Katelog IKEA sendiri merupakan satu fenomena yang hebat bagi pengikutnya. Ia dihasilkan di studio foto IKEA yang merupakan studio terbesar di Eropah utara yang dicetak dalam 55 edisi yang berbeza, 27 bahasa untuk 35 buah negara.

#4-IKEA Menjadi Fenomena Kegilaan Dunia.

Image result for ikea history

Pembukaan IKEA juga turut menjadi fenomena besar di mana-mana sahaja.

Pembukaan cawangan di California contohnya, lalu lintas menjadi begitu teruk sehingga polis terpaksa mengawalnya selama 3 bulan manakala di Arab Saudi, 3 orang mati terhimpit apabila IKEA menawarkan baucar hadiah yang terhad bilangannya yang bernilai 150 dolar.

IKEA kini merupakan perniagaan yang bernilai hampir 47 billion dolar dengan ratusan ribu pekerja.

Apa yang menariknya, gelaran istimewa tidak dibenarkan di sini termasuklah seperti memakai sut, tali leher, dan para eksekutif dan pengurusan tertinggi juga turut bekerja seperti pekerja biasa dengan memunggah barangan dari lori, menjaga mesin wang dan lain-lain.

IKEA ternyata merupakan salah satu syarikat berkebajikan dan sudah banyak kali dinobatkan sebagai antara 100 syarikat yang terbaik untuk bekerja.

Meskipun sudah menjadi kaya-raya dan hidup bebas daripada undang-undang percukaian Switzerland, Kamprad selesa hidup secara bersederhana.

Meskipun pernah mengatasi kekayaan Bill Gates pada suatu masa dahulu, dia kekal tinggal di rumah kecil, memandu kereta Volvo terpakai dan makan ketika promosi makanan murah di IKEA.

Walaupun sudah bersara, dia masih aktif melakukan kebajikan. Apa yang pasti IKEA adalah gedung perabot terulung bagi sesiapa sahaja yang inginkan rumah yang bergaya untuk harga yang murah pada bila-bila masa.



Sumber Bagaimana IKEA Berjaya Menakluki Dunia Dengan Hanya Menjual Perabot

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y2gSQG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.