Bangkai Pesawat Terhempas Dijangka Dikeluarkan Dalam 2 Minggu
MELAKA – Bangkai pesawat ringan jenis GT500 Microlight yang terhempas di Sungai Mati di sempadan Melaka dan Johor di sini pada 14 Okt lepas dijangka akan dikeluarkan dari dasar sungai berkenaan selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu lagi.
Pengerusi Aerodrome Sungai Rambai Datuk Hassan Abd Rahman berkata usaha mengeluarkan bangkai pesawat tersebut mengambil masa disebabkan beberapa faktor teknikal yang perlu diambil kira termasuk tidak mahu menggangu siasatan pihak berkuasa terlibat.
“Bangkai pesawat itu akan dikeluarkan seberapa segera dengan kerjasama beberapa pihak seperti polis, bomba dan juga Jabatan Penerbangan Awam.
“Kita juga tidak mahu bangkai pesawat ini mencemar atau mengganggu ekosistem sungai tersebut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majis Rumah Terbuka Deepavali Exco Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan NGO Datuk M.S Mahadevan di sini, hari ini.
Hassan berkata kos mengeluarkan bangkai pesawat berkenaan akan ditanggung sepenuhnya keluarga juruterbang yang maut dalam nahas itu kerana pesawat berkenaan merupakan milik mangsa.
Katanya pesawat yang diterbangkan Yee Yoon Fah, 54, itu sebelum nahas diberi kebenaran parkir di Aerodrome Sungai Rambai.
Pada Sabtu lepas, Yee maut selepas pesawat yang dipandunya itu terhempas ketika membuat penerbangan dari Aerodrome Sungai Rambai kira-kira 10.30 pagi manakala rakannya Mohd Shahrul Shafiri, 35, yang merupakan anggota Pasukan Gerakan Am cedera di muka dan badan.
Pesawat berkenaan terhempas pada jarak kira-kira 200 meter dari landasan aerodrome berkenaan dipercayai kerana mengalami masalah teknikal. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gOI7U1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment