Komputer Riba Windows 10 Berasaskan ARM Dijangka Menawarkan Penggunaan Bateri Lebih Sehari
Microsoft sebelum ini telah sedia berkongsi megenai penawaran Windows 10 yang dioptimasikan untuk ARM. Sejumlah pengeluar dijangka akan menawarkan komputer riba berasaskan cip Snapdragon 835, dan Microsoft juga sedia mempertontonkan kebolehan ia menjalankan beberapa perisian utama – termasuk Adobe Photoshop.
Terkini, berkongsi lanjut mengenainya, Qualcomm dan Microsoft mengatakan pengguna akan dapat menikmati masa penggunaan bateri yang lama melalui komputer riba berasaskan ARM ini. Qualcomm menyasarkan beberapa peranti berasaskan cip pemprosesan mereka dan menggunakan Windows 10 dijangka hadir sekitar Disember tahun ini.
Melalui apa yang dikongsikan, bateri mampu bertahan untuk beberapa hari – dan bukannya seperti komputer riba pada hari ini. Ia dijangka akan menawarkan revolusi seterusnya untuk arena komputer riba – dan pengguna hanya perlu mengecasnya beberapa hari sekali.
Walaubagaimanapun, ia masih belum dikongsikan bagaimanakah penggunaannya dan sebagainya. Pada hari ini sendiri, menggunakan sistem x86/x64, pengguna sedia dapat menikmati masa penggunaan bateri hampir 11 jam pada sesetengah komputer riba Windows 10. Jadi, dengan penggunaan cip berasaskan ARM yang sedia terkenal kerana penawaran yang efisyen – tidak mustahil kita melihat penawaran penggunaan untuk tempoh masa yang lebih lama.
Semestinya selain daripada masa penggunaan bateri, pengguna ingin mengetahui gaya penggunaan dan juga prestasi yang dibawakan olehnya. Microsoft dan Qualcomm mungkin akan berkongsi lanjut mengenai perkara ini dalam masa sebulan dua ini – sekiranya peranti berasaskan cip Qualcomm dijadualkan hadir ke pasaran menjelang penghujung 2017 ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yrihQ5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment