Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bom Lama Punca Letupan Di Projek MRT - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bom Lama Punca Letupan Di Projek MRT

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan letupan di tapak pembinaan stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Bandar Malaysia, petang Selasa berpunca daripada peninggalan bom lama ketika zaman Perang Dunia Kedua.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi di sini, malam Selasa.

“Hasil siasatan awal mendapati ia merupakan bom lama ketika Perang Dunia Kedua…dan bom berkenaan meletup secara tiba-tiba ketika kerja pembinaan sedang dijalankan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, tiga pekerja warga Bangladesh cedera parah dan dua daripadanya putus kaki manakala seorang lagi pekerja cedera di tangan serta kaki.

Ketiga-tiga pekerja berkenaan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.23 petang dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

Beliau berkata, seramai 25 pegawai dan anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Pudu dan Tun Razak dikejarkan ke tempat kejadian. – Bernama

Sumber: Mstar



Sumber Bom Lama Punca Letupan Di Projek MRT

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ybdUWB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.