Hi! Welcome Back and Stay Tune! Enam Teknik Penggambaran Terbaik #FoodPorn Guna Samsung Galaxy J7 Plus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Enam Teknik Penggambaran Terbaik #FoodPorn Guna Samsung Galaxy J7 Plus

Enam Teknik Penggambaran Terbaik #FoodPorn Guna Samsung Galaxy J7 Plus

Ilmu 'Mobile Photography' kini boleh dikuasai dengan mudah. (Gambar: Rojak Daily Skop!)

Jika anda melihat individu di meja makan secara tiba-tiba berdiri untuk mengambil gambar dari pelbagai sudut dalam tempoh agak lama, maka biarkan. Individu terbabit sebenarnya sedang bertungkus lumus mengambil foto terbaik untuk dimuat naik ke akaun media sosialnya.
 
Tidak dinafikan 'trend' ini semakin digilai ramai pengguna media sosial masa kini terutamanya golongan muda. Sama ada mereka mempunyai minat ataupun tidak dalam fotografi, semua orang bebas untuk mengambil gambar menu makanan mereka.

Malah, sejak kebelakangan ini juga wujud istilah tanda pagar' atau lebih dikenali sebagai 'hashtag' #foodporn bagi menggambarkan kenikmatan sesuatu makanan itu. Bagaimanapun, untuk mendapatkan hasil gambar makanan yang menarik dan mampu membangkitkan selera pada yang mereka yang melihatnya, teknik yang betul haruslah dipraktikkan.

Buat penggemar #Foodporn, Rojak Daily Skop! senaraikan enam panduan mengambil gambar dengan betul dan menarik hanya menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy J7 Plus:

1. CARI SUMBER CAHAYA

Meja makan yang dekat dengan tingkat adalah kedudukan paling stratergik.

Gambar yang cantik dan jelas selalunya disokong oleh bantuan cahaya yang mencukupi. Bagi mengurangkan kadar kebergantungan pada aspek suntingan, cahaya yang cukup sebenarnya mampu menjadikan gambar makanan anda kelihatan lebih jelas dan terperinci.
 
Malah, ton warna juga tampak lebih asli jika menggunakan telefon pintar yang mempunyai ciri kamera berkualiti tinggi. Pada gambar ini, kami menggunakan Samsung Galaxy J7 Plus. Selain itu pengambaran dengan sudut 45 darjah juga dikatakan bagus untuk menunjukkan makanan kerana ia lebih dekat dengan subjek.
 
2. CETUS PERGERAKAN DALAM GAMBAR

Anda boleh mengambil gambar secara ‘stand alone’ sekiranya mahu memfokuskan 100 peratus terhadap menu makanan anda. Bagaimanapun, penambahan elemen pihak kedua sebenarnya mampu menjadikan gambar makanan lebih menarik dan artistik.

Pecahkan telur kuning anda, pasti lebih umph!
 
Hanya perlu selitkan sedikit tangan rakan anda yang seakan-akan sedang menjamu selera. Teknik ini tampak lebih bersahaja dan tidak terlalu kaku. Malah, secara tidak langsung menimbulkan elemen pergerakan dalam gambar terbabit..
 
Satu lagi ‘tips’ yang perlu anda pelajari adalah warna makanan terbabit. Jika anda memesan menu mempunyai telur goreng contohnya, pecahkan ia supaya telur kuning itu mengalir keluar. Ia bukan hanya membangkitkan ton warna kuning anda, malah turut menghasilkan ilusi pergerakan dalam gambar.

3. KUASAI TEKNIK BOKEH ATAU 'LIVE FOCUS'

Efek Bokeh tampak lebih pro!

Sekiranya anda menggunakan Samsung Galaxy J7 Plus, terdapat fungsi 'Live Focus' yang membolehkan efek ‘bokeh’ digunakan. Subjek anda akan difokus sepenuhnya manakala visual dibelakangnya akan dikaburkan. Menariknya, fungsi 'Live Focus' ini, tahap kabur atau ‘blur’ boleh diselaraskan ketika dan juga selepas gambar diambil.
 
Sebagai contoh pada gambar ini, subjek utama adalah telefon pintar yang memaparkan imej makanan akan difokuskan manakala selebihnya akan dikaburkan. Efek sebegini mampu menjadikan gambar anda lebih profesional.
 
4. SERLAHKAN KREATIVITI ANDA

Apa jua gambar yang diambil secara kreatif pastinya akan mendapat pujian ataupun dalam konteks zaman sekarang anda akan mendapat lebih banyak ‘likes’. Selain patuh dengan ‘undang-undang’ pengambaran seperti pendedahan cahaya, komposisi dan suntingan, tidak salah sebenarnya untuk bereksperimentasi.
 
Selain itu ‘Caption’ yang menarik juga penting untuk menyerlahkan lagi daya  kreativiti anda!

Serlahkan daya kreativiti anda!
 
5. FOTOGRAFI 'FLAT LAY'

Fotografi 'Flat Lay' adalah cara yang sangat mudah untuk mempamerkan subjek. Kisah di sebalik gambar lebih mudah disampaikan dengan gaya fotografi ini. Susunan yang betul dan berani bermain dengan ruang kosong mampu menjadikan gambar makanan anda lebih memberi impak. Selain itu pemilihan ton warna 'Flat Lay' juga penting dan perlu diselaraskan mengikut kesesuaian.

 Teknik fotografi ini antara yang memenuhi 'timeline' sosial media!

6. SWAFOTO MAKANAN LEBIH MENYERONOKKAN

Gambar makanan sebenarnya boleh dipelbagaikan mengikut 'trend' semasa. Jika anda gemar berswafoto, mungkin gaya penggambaran ini lebih sesuai. Selain mempunyai ‘sticker’ menarik telefon pintar ini juga disertakan dengan mod ‘Selfie Focus’. Lihat saja gambar ini. Menarik bukan!
 
Untuk makluman Samsung J7 Plus adalah telefon pertengahan Samsung yang pertama dilengkapi dwi kamera. Ia menggabungkan kamera 13 Megapixel (MP) apertur f/1.7  bersama 5MP apertur f/1.9 manakala kamera hadapan sebesar 16 MP f/1.9. Ia kini dijual dengan harga RM1,599.
 
 



Sumber Enam Teknik Penggambaran Terbaik #FoodPorn Guna Samsung Galaxy J7 Plus

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yPrQIf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.