Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fazley Yaakob Pilih Nama Alayna Selma Untuk Puteri Bongsu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fazley Yaakob Pilih Nama Alayna Selma Untuk Puteri Bongsu

Seperti ramai yang sudah sedia maklum bahawa, chef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob dan isteri baru sahaja menimang cahaya mata yang keempat pada 5 Oktober yang lalu.

Apa yang lebih menggembirakan pasangan ini adalah buat pertama kalinya mereka dikurniakan cahaya mata perempuan setelah memiliki tiga orang cahaya mata lelaki.

Baru-baru ini menerusi akaun Instagram Fazley sendiri, dia ada berkongsi satu video bahawa dia sudah memilih nama kepada puterinya.

Menurut Fazley ramai peminat yang telah memberikan cadangan untuk menamakan puteri bongsunya itu.

Fazley serta isteri dan anak-anak yang lain telah bersepakat untuk memberikan nama Alayna Selma buat puteri bongsu mereka.

Kata Fazley lagi, maksud Alayna Selma adalah puteri kepada cahaya ketenangan di dalam bahasa Arab.

Sedap nama puteri Fazley ini dan maksudnya juga turut indah seindah namanya.

“Alhamdulilah.. hari ini anak perempuan saya telah diberi nama! Terima kasih semua yang mencadangkan serta mendoakan! Nak tahu namanya? Tengok video ini ya? ❤️,” tulis Fazley di ruang kapsyen video perkongsiannya.

Rata-rata peminat juga pengikut Fazley di Instagram turut suka dengan nama yang diberikan kepada cahaya mata bongsu penyanyi itu.
rozie7235: Taniah dato fazley dpt ank pompvan,,,,smoga jdi anak yg solehah,,,,,cntek nama bby,,cute lh,,hehe,,,,
embunsakura8485: Tahniah..sedap nama tue..selma jrg org guna byk org arab jer..
baiduri76: Ya Allah comel sangat…semoga membesar dgn sihat dan menjadi anak solehah..
aziefa: Assalamualaikum baby elly…semoga mjadi ank yg solehah ye baby comel
Semoga Alayna atau nama manjanya Ellie membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua-dua ibu dan bapanya.

The post Fazley Yaakob Pilih Nama Alayna Selma Untuk Puteri Bongsu appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yLhvg8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.