Hi! Welcome Back and Stay Tune! GELANGGANG FUTSAL DI SETIAP TAMAN PERUMAHAN: NOH - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

GELANGGANG FUTSAL DI SETIAP TAMAN PERUMAHAN: NOH

KUANTAN – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhasrat mewujudkan satu gelanggang futsal di setiap taman perumahan di bandar, kata Menterinya Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata kewujudan gelanggang futsal itu bukan hanya bagi menaikkan semangat warga kota untuk beriadah dan mengamalkan gaya hidup sihat tetapi bagi mengeratkan silaturahim antara penduduk.

“Saya mahu gelanggang futsal yang akan dibina bukan hanya sekadar gelanggang kosong, tetapi dibuat dengan sebaiknya seperti berbumbung dan ada lampu supaya anak muda juga boleh beriadah pada waktu malam.

“Gelanggang futsal yang saya anggarkan kosnya RM500,000 sebuah turut boleh dijadikan sebagai gelanggang serbaguna,” katanya pada Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan di sini malam tadi.

Majlis disempurnakan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan turut dihadiri Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pengusaha Tempatan Malaysia (ANULAE), Datuk Azih Muda.

Noh berkata kementeriannya telah meluluskan sembilan projek untuk membina dan menaik taraf gelanggang futsal, gelanggang serbaguna dan padang bernilai RM3.8 juta di Pahang tahun ini berbanding RM2.2 juta tahun lalu.

Mengenai kejohanan itu, beliau berkata penganjurannya tahun ini merupakan ‘kepulangan semula’ semula sukan itu selepas kali terakhir diadakan di Terenggganu pada tahun 1995.

“Saya bercadang supaya kejohanan ini dijadikan sebagai acara tahunan atau sekurang-kurangnya dwitahunan kerana ini merupakan medium mengumpulkan semua wakil PBT dari seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata penganjuran semula kejohanan itu adalah cetusan ideanya selepas diberitahu bahawa banyak PBT mengadakan aktiviti sukan tahunan masing-masing mengikut persatuan dan skim  perkhidmatan.

“Sebab itu saya cadang supaya sukan PBT digabungkan kerana membolehkan kita bergerak dengan lebih tersusun dan menyumbang bantuan kepada pihak persatuan,” katanya.

Kejohanan KPKT itu disertai kira-kira 500 anggota PBT dari seluruh negara melibatkan 10 jenis sukan  antaranya badminton, ping pong, tenis, futsal, bola jaring, karom, golf dan dart.

Kejohanan bermula sejak Mac lalu di beberapa lokasi antaranya Keningau, Shah Alam, Teluk Intan dan Kuala Terengganu sebelum berakhir di Kuantan.

– Bernama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hHm5pz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.