Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isu ‘layanan HKL lebih teruk dari binatang, Prudential beri jawapan balas dan akan ambil tindakan terhadap agen terlibat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isu ‘layanan HKL lebih teruk dari binatang, Prudential beri jawapan balas dan akan ambil tindakan terhadap agen terlibat

Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap ejen insurans syarikat itu yang mendakwa layanan Hospital Kuala Lumpur (HKL) ‘lebih teruk dari binatang’.

Menerusi kenyataan kepada mStar Online, PAMB kesal dengan dakwaan yang dibuat seorang ejen di bawah agensinya sambil memberi jaminan kepada HKL dan orang ramai bahawa kenyataan yang dibuat itu tidak mencerminkan nilai dan kualiti dalam perkhidmatan syarikat terbabit.

Baca artikel sebelum: Agen insurans dakwa layanan HKL terhadap anak pelanggannya lebih teruk dari binatang, ini penjelasan Pengarah HKL

“Kita telah memulakan siasatan dan akan memastikan proses yang sepatutnya diikuti sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya,” menurut kenyataan itu pada Rabu.

PAMB mengulas mengenai dakwaan seorang ejen insurans berang dengan HKL di atas layanan terhadap pelanggannya yang melecur akibat terkena air rebusan ketupat ‘lebih teruk dari binatang’, yang kini tular di media sosial.

Menurut PAMB, pihaknya telah menghantar surat kepada HKL bagi membuat permohonan maaf berhubung perkara yang berlaku dan telah mengambil tindakan segera untuk memadamkan ‘posting’ yang dibuat oleh ejen berkenaan.

Menerusi beberapa ‘posting’ di laman sosial pada 21 Oktober lalu, ejen insurans yang mendakwa dirinya dari PAMB mendakwa anak pelanggannya melecur 75 peratus dan mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) di bawah unit rawatan kebakaran HKL yang disifatkan masih ditakuk lama.

Ejen tersebut turut mendakwa bahawa doktor mendapati terdapat jangkitan terhadap pesakit selepas dipindahkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya dan pesakit terpaksa melalui prosedur baharu termasuk pelbagai proses lain dibuat selepas dibius.

“Dressing scrap kulit untuk bagi kulit baru tumbuh dibuat hidup-hidup tanpa bius. Kau sanggup dengar anak kau menjerit meraung sementara kau tidak dibenarkan masuk (bilik rawatan).

“Layanan mereka lebih teruk dari binatang. Kerana banyak binatang dilayan dengan begitu baik dan penuh kasih sayang,” dakwanya sambil menjadikan kisah pelanggannya sebagai modal meminta orang ramai mendapatkan insurans perubatan.

Kesemua dakwaan itu kemudiannya dinafikan oleh Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain dalam satu kenyataan pada Isnin dengan menyifatkan ia sebagai tuduhan palsu dan telah mencemarkan imej hospital tersebut.

Dr Zaininah berkata, pesakit yang dimaksudkan ejen tersebut sebenarnya hanya melecur 10 peratus susulan kejadian pada 21 September lalu.

Pesakit yang merupakan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu diberikan rawatan segera di bawah Unit Rawatan Kebakaran Institut Pediatrik, dan turut dirujuk kepada disiplin-disiplin yang lain kerana rawatan kebakaran memerlukan pendekatan secara holistik dan multidisiplin untuk mengoptimumkan perawatan.

“Pesakit telah diberikan rawatan sewajarnya iaitu cucian luka di wad mengikut rutin yang telah ditetapkan oleh pakar yang merawat termasuk pembersihan luka yang dijalankan di bilik pembedahan dengan pembiusan.

“Selain itu, pesakit diberikan ubat tahan sakit secara berkala dengan ubat-ubatan yang bersesuaian di wad bagi memastikan pesakit selesa. Antibiotik juga diberikan untuk menghindarkan dan merawat jangkitan kuman,” katanya.

Mengikut protokol HKL, hanya ibu bapa atau penjaga dibenarkan melawat dan penjaga wanita sahaja yang dibenarkan menjaga pesakit di wad, malah keluarga tidak dibenarkan berada di bilik rawatan semasa prosedur dijalankan.

Dr Zaininah turut menegaskan bahawa pesakit yang dikeluarkan dari hospital di atas permintaan waris pada 12 Oktober lalu mengalami luka yang bersih dan bertambah pulih sebelum menyambung rawatan di pusat perubatan lain.

Sumber: Mstar



Sumber Isu ‘layanan HKL lebih teruk dari binatang, Prudential beri jawapan balas dan akan ambil tindakan terhadap agen terlibat

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z6KjkK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.