“Kami fikir daripada terbiar dan kosong tiada penghuni, mungkin boleh dapat saham akhirat” – Pasangan suami isteri tawar rumah percuma untuk digunakan institusi kebajikan seperti tahfiz
“Kami fikir daripada terbiar dan kosong tiada penghuni, mungkin boleh dapat saham akhirat kalau gunakan rumah itu untuk perkara yang bermanfaat.”
Demikian kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Diana, 20-an mengenai rumah atas nama suaminya, Saifuddin, yang ditawarkan secara percuma untuk digunakan oleh institusi pendidikan atau kebajikan seperti pusat tahfiz.
“Niat kami bermula Sabtu lalu, saya cuma kongsi kepada ibu saya dan kumpulan aplikasi WhatsApp sekolah. Lepas itu mereka minta izin kongsi. Kemudian, kami dapat panggilan daripada pelbagai pihak.
“Rumah kami biasa saja di hujung taman, dua tingkat. Sebelum ini memang ada kami sewakan rumah kami itu tetapi mereka sudah keluar sejak awal tahun ni.
“Kami kemudian iklankan untuk di sewa dan memandangkan sekitar taman itu ada lagi banyak rumah yang lebih cantik dan baru, kami sukar dapat penyewa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Rumah yang terletak di Bandar Puncak Alam, Selangor dibina pada 1997 itu dibeli pada 2015 dengan harga RM300,000 daripada pemilik asal.
Namun, dia dan suami membatalkan hasrat untuk menetap di rumah itu kerana lokasinya yang jauh dari rumah keluarga mereka.
“Kami sudah senaraikan beberapa pihak yang mahu menduduki rumah ini. Kami nak pastikan yang mereka betul jujur dan tidak ambil kesempatan pada rumah kami,” katanya.
Sumber: Metro
Sumber “Kami fikir daripada terbiar dan kosong tiada penghuni, mungkin boleh dapat saham akhirat” – Pasangan suami isteri tawar rumah percuma untuk digunakan institusi kebajikan seperti tahfiz
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yYjZGd
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment