Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hans Isaac Nyaris Diserang Strok Ringan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hans Isaac Nyaris Diserang Strok Ringan

Menerusi laporan Harian Metro, penerbit dan pelakon Datuk Hans Isaac mendedahkan doktor mengesan dia hampir diserang angin ahmar ringan ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta akibat pengsan, Ahad lalu.

Hans dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) diikuti Unit Dependensi Tinggi (HDU) selepas rebah ketika membuat latihan untuk kejohanan golf di Kelab Golf TPC Kuala Lumpur.

“Pemeriksaan doktor mendapati degupan jantung tidak teratur dan ujian MRI menunjukkan saya hampir diserang angin ahmar ringan,” katanya yang sudah dibenarkan pulang semalam.

Pelakon berusia 46 tahun itu berkata, masalah terbabit dipercayai berpunca daripada tekanan dan dinasihati berehat secukupnya di rumah.

“Saya dinasihatkan mengelakkan perkara yang boleh menimbulkan tekanan. Buat masa ini, saya menyerahkan tugas tertentu kepada kakitangan untuk diuruskan,” katanya.

Susulan daripada itu, Hans berkata dia tidak akan menyertai kejohanan golf yang bakal berlangsung dua minggu lagi.

The post Hans Isaac Nyaris Diserang Strok Ringan appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xjEr24

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.