Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ahli Perniagaan ‘Datuk’ Nafi Rogol Kanak-Kanak 12 Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ahli Perniagaan ‘Datuk’ Nafi Rogol Kanak-Kanak 12 Tahun

MIRI – Seorang ahli perniagaan terkemuka dalam industri minyak dan gas, yang berusia 82 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun di dua lokasi berlainan di Bandaraya Miri.

Bagi kesalahan pertama, Datuk Ibrahim Ahmad Darvesh Mohd Deen atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Din, didakwa merogol kanak-kanak perempuan itu di sebuah hotel bajet terletak di Taman Jade Manis di sini pada 12.40 pagi 31 Ogos 2017 mengikut Seksyen 376 (2)(D) Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa merogol kanak-kanak yang sama di dalam sebuah bilik di hotel bajet di Jalan Masjid di sini pada 8 malam 11 Sept 2017 mengikut Seksyen 376(1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Ibrahim kelihatan tenang ketika jurubahasa mahkamah membacakan kedua-dua pertuduhan itu dalam bahasa Malaysia di hadapan Hakim Steve Ritikos.

Steve kemudian menetapkan 19 Okt untuk pengurusan kes manakala 5 hingga 9 Mac tahun depan pula untuk perbicaraan.

Steve turut membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM15,000 dan dua penjamin rakyat tempatan. Bayaran perlu dijelaskan pagi esok dan kegagalan berbuat demikian mengakibatkan waran tangkap dikeluarkan terhadapnya oleh mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Izzat Wan Abdullah menjalankan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Ranbir Singh. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gc82Vs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.