Kerajaan mohon batal saman Anwar
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Kerajaan memfailkan permohonan bagi membatalkan saman yang difailkan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saman itu difailkan Anwar bagi menuntut dirinya dilepas dan dibebaskan daripada sabitan liwat kerana mendakwa tidak mendapat perbicaraan yang adil susulan pendakwaan dikendalikan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Permohonan membatalkan saman itu dikemukakan melalui jabatan peguam negara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.
Prosiding dalam kamar hakim Datin Azizah Nawawi itu turut dihadiri pasukan peguam Anwar yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram bersama N Surendran dan Latheefa Koya, selain Peguam Kanan Persekutuan, Awang Armadajaya Awang Mahkud; Kwan Li Sa dan K Mangai.
Peguam Nur Emilia Mohd turut hadir mewakili perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, manakala Muhammad Shafee turut hadir mengikuti prosiding.
Dalam permohonan tersebut, Awang Armadajaya mengemukakan alasan, saman tersebut wajar ditolak kerana bekas ahli parlimen Permatang Pauh telah mengemukakan banyak permobonan berkaitan isu sama.
Azizah kemudian menetapkan 24 Oktober depan untuk keputusan.
Melalui saman yang difailkan pada 9 Jun itu, Anwar mendakwa perbicaraan kes liwat yang dihadapinya dikendalikan peguam yang dilantik oleh pendakwa raya yang bertentangan dengan amalan biasa kamar peguam negara dan pendakwa raya.
Dakwanya, peguam tersebut iaitu Muhammad Shafee mengendalikan kes dengan sikap melampau dan tidak adil, yang bercanggah dengan prinsip amalan pendakwaan.
Beliau juga mendakwa Muhammad Shafee dibayar RM9.5 juta oleh Najib dan menyifatkan peguam tersebut bukan pendakwa yang bebas kerana mempunyai kepentingan kewangan secara langsung.
Sementara itu, dalam masa sama, peguam Najib dan Shefee turut memohon untuk mengetepikan permohonan Anwar yang memaksa mahkamah supaya dua penyata kewangan berkaitan dakwaan pemindahan wang RM9.5 itu didedahkan.
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xjre9v
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment