Upload gambar sama di Instagram, Fasha dan Jejai akan kembali bersama?
Dua jam yang lalu, pelakon, Nur Fasha Sandha Hassan dan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau jejai, memuat naik gambar yang sama di laman Instagram menimbulkan persoalan ramai, apakah mereka berdua bakal kembali bersama?
Dalam gambar yang dimuat naik, tertera ayat-ayat berikut:
"..Alhamdulillah, Tuhan telah memberikan petunjuk serta hidayahNya kepada saya dan Rizal, jalan-jalan kebaikan di antara kami, dengan kami dapat mencapai penyelesaian demi untuk masa depan anak-anak dan saya sangat bersyukur dengan anugerah ini.."
Begitu juga dengan gambar yang dimuat naik oleh Jejai yang hanya beza pada nama sahaja.
Sementara itu di ruangan komen, followers Fasha tidak putus-putus mengucapkan kata-kata syukur dan amat berharap Fasha dan bekas suaminya rujuk semula demi masa depan anak-anak mereka.
Fasha dan Jejai sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 di Hotel Crown Plaza, Kuala Lumpur. Mereka juga dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma. Namun pasangan itu bercerai pada 20 Januari 2016.
Doakan yang baik-baik untuk mereka, semoga Fasha dan Jejai dipermudahkan urusan.
Sumber Upload gambar sama di Instagram, Fasha dan Jejai akan kembali bersama?
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y1kl08
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment