Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada peminat Barca dalam kunjungan ke Atletico - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada peminat Barca dalam kunjungan ke Atletico

AKAN berlaku kekurangan penyokong Barcelona dalam pertarungan dengan Atletico Madrid di Wanda Metropolitano di atas faktor logistik.

Barca akan membuat kunjungan ke Madrid tanpa peminat selepas rehat antarabangsa pada 14 Oktober ini, demikian pengumuman dibuat pendahulu La Liga itu, hari ini.

Permohonan tiket untuk perlawanan tersebut telah dibatalkan kerana Atletico tidak dapat membekalkan tiket ditawarkan sebelum ini di stadium yang baru dibina, walaupun 62 penyokong yang telah membuat pembelian dijamin boleh hadir.

Situasi itu berlaku selepas Barca mengalahkan Las Palmas 3-0 tanpa penyokong di Camp Nou minggu lalu di sebalik ketegangan politik akibat referendum kemerdekaan Catalonia.

Stadium ikonik itu kosong apabila Lembaga Barca memutuskan untuk melangsungkan perlawanan tanpa penyokong selepas permintaan menunda perlawanan ditolak oleh La Liga.

Rayuan penangguhan Barca muncul di sebalik kekecohan akibat pungutan suara bagi kemerdekaan Catalonia pada Ahad lalu, yang diisytiharkan tidak sah oleh Kerajaan Sepanyol.



Sumber Tiada peminat Barca dalam kunjungan ke Atletico

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hQla6g

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.