Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiga Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiga Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menjadi perhatian pemain pasaran hari ini ialah:

1. Tumpuan kepada data U.S dan kenyataan ahli Fed.

Laporan tuntutan pengangguran U.S dan imbangan perdagangan yang dijangka akan keluar pada jam 8.30 p.m dan data tempahan kilang U.S pada jam 10.00 p.m akan menjadi tumpuan penting pemain pasaran pada hari ini.

Gabenor Fed Jerome Powell, pengerusi Fed New York, William Dudley, pengerusi Fed Dallas Robert Kaplan dan pengerusi Fed Philadelphia Patrick Harker dijangka akan berucap pada hari ini.

Penelitian yang lebih akan diberikan kepada komen Powell apabila banyak laporan mengatakan Powell merupakan calon utama yang bakal menggantikan Yellen selepas penggal beliau sebagai pengerusi Fed tamat pada Februari depan.

2. Saham Sepanyol Melonjak Semula.

Setelah saham Sepanyol mengalami kejatuhan pada awal minggu ini berikutan referedum kemerdekaan pada hari Ahad yang berakhir dengan tragedi, hari ini saham Sepanyol meningkat semula.

Kenyataan bahawa Catalonia akan mengisytiharkan kemerdekaan pada hari Isnin telah menambah lagi ketegangan kepada negeri itu.

Indeks IBEX Sepanyol dibuka rendah sebelum kembali meningkat pada awal pagi ini, setelah 7 bulan berada pada paras rendah.

3. Harga Minyak Stabil dengan harapan OPEC melanjutkan pemotongan pengeluran minyak.

Harga minyak meningkat semula pada hari Khamis berikutan potensi perjanjian pemotongan bekalan minyak. Sebelum ini kedua-dua negara besar ini berjanji untuk memotong pengeluaran minyak mentah sehingga Mac 2018 sebagai usaha mengurangkan lebihan bekalan minyak global.

Harga minyak mentah U.S melonjak selepas laporan U.S. Energy Information Administration (EIA) dikeluarkan pada hari Rabu menunjukkan pengurangan invetori 6.023 juta tong pada minggu lepas. Namun pedagang sedikit kecewa apabila eksport minyak mentah U.S meningkat kepada 1.98 juta tong sehari

Harga pasaran hadapan U.S WTI meningkat 0.22% pada $50.09 setakat pukul 6.45 petang.Harga pasaran hadapan minyak Brent juga meningkat iaitu sebanyak 0.79% pada $56.24.

 

 

The post Tiga Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xikqh3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.