Hi! Welcome Back and Stay Tune! KPDNKK tumpas aktiviti jual diesel tanpa lesen di perairan Labuan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KPDNKK tumpas aktiviti jual diesel tanpa lesen di perairan Labuan

LABUAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bahagian Labuan menumpaskan aktiviti terbesar penjualan diesel tanpa lesen bernilai lebih RM254,000 di perairan Labuan hari ini.

Rampasan itu melibatkan 20,000 liter bahan api dan tongkang yang dinaiki tiga kru rakyat tempatan.

Ketua Unit Antara Agensi (Bahagian Penguatkuasaan) KPDNKK Putrajaya V. Ravichandran berkata rampasan itu dibuat dalam 'Op Marintrade' dari 9 pagi hingga 1 tengah hari ini.

"Operasi itu diadakan menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama Polis Marin Labuan melibatkan 30 anggota daripada kedua-dua agensi penguat kuasa itu," katanya pada sidang akhbar di Jeti Polis Marin Labuan di sini.

Beliau berkata pemilik kapal didapati menjalankan jualan bahan api itu tanpa memiliki lesen runcit yang diperlukan mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 bagi pengedaran barang runcit kawalan berjadual iaitu diesel.

Ravichandran berkata siasatan akan dilakukan mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Kami hanya merampas kapal manakala kru dibebaskan sehingga siasatan selesai," katanya.

Beliau berkata ini merupakan rampasan ketiga yang dilakukan bagi tahun ini, dengan yang pertama pada Mei membabitkan bahan api bernilai RM167,918 dan rampasan kapal bernilai RM250,000.

"Satu lagi kes adalah pada Jun melibatkan lapan unit pelbagai jenis tangki gas bernilai RM1,584," katanya.

-- BERNAMA



Sumber KPDNKK tumpas aktiviti jual diesel tanpa lesen di perairan Labuan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xlKeoP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.