Kritik Sultan Johor, Zamihan disiasat Akta Hasutan
Polis telah memulakan siasatan terhadap Presiden Pertubuhan Sunni Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zain yang didakwa mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dalam kuliah agama pada hari Ahad.
Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya telah menerima sekurang-kurang satu laporan polis sejak Selasa terhadap Presiden Aswaja itu.
“Kami sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan.Mungkin lebih banyak laporan polis hari ini,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Breakfast Talk – Integriti di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, Rabu.
Turut hadir adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff.
Apabila ditanya bila Zamihan akan ditahan, Mohamad Fuzi enggan mengulas lanjut dan menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan.
Dalam video terbabit, Zamihan juga didakwa membuat kenyataan perkauman tentang masyarakat Cina.Susulan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kementeriannya akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan segera berhubung ucapan itu.
Sementara itu, Mohamad Fuzi turut menafikan dakwaan yang tular di media sosial berhubung penahanan Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Muhammad Yusuf Azmi.
“Saya tidak dimaklumkan tentang perkara itu, setahu saya tiada penahanan yang dibuat terhadapnya (Yusuf),” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Sumber Kritik Sultan Johor, Zamihan disiasat Akta Hasutan
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yZ7itB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment