Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lacurkan anak sendiri untuk bayar hutang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lacurkan anak sendiri untuk bayar hutang

KUALA LUMPUR: Seorang ibu muda berusia 30 tahun tergamak melacurkan anak sendiri hanya kerana ingin melangsaikan hutang.

Mangsa yang berusia 14 tahun bekerja di sebuah pusat karaoke dipaksa melakukan hubungan seks dengan lelaki tidak dikenali di sebuah hotel di Lawas, Sarawak oleh ibunya dan pemilik pusat karaoke berkenaan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar, mangsa melihat lelaki berkenaan membayar RM1,000 kepada pemilik pusat karaoke itu.

“Kejadian dipercayai berlaku sekitar April lalu dan mangsa mendakwa lelaki tersebut telah merogolnya sebanyak tiga kali di sebuah bilik di hotel.

“Mangsa keluar daripada hotel itu pada keesokan harinya dan tidak menceritakan kejadian tersebut kepada sesiapa,” katanya ketika dihubungi.

Kejadian ini baru diketahui oleh ketua kampung di mana mangsa tinggal yang kemudian membawanya ke Balai Polis Lawas untuk membuat laporan.

Susulan laporan berkenaan polis menahan ibu mangsa dan juga pemilik pusat karaoke berkenaan pada Ahad dan direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Tambah Dev, pihaknya turut menahan suspek lelaki yang dipercayai melakukan hubungan seks dengan mangsa selama tujuh hari bagi membantu siasatan.



Sumber Lacurkan anak sendiri untuk bayar hutang

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gs0jmk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.