Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki terkejut puluhan gigi tumbuh di tekak dan tak boleh dicabut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki terkejut puluhan gigi tumbuh di tekak dan tak boleh dicabut

Seorang lelaki yang mengalami kesukaran bernafas sejak setahun lalu terkejut selepas mendapati tekaknya ditumbuhi puluhan ketulan keras seperti gigi.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhang membuat pemeriksaan di sebuah hospital di wilayah Jiangsu selepas sering sukar bernafas.

Dr Zhu Xiangping dari Hospital Rakyat Jiangsu Subei yang memeriksa Zhang terkejut apabila menemui ketulan keras di tekak lelaki itu.

Menurutnya, keadaan itu dikenali sebagai Tracheobroncheopathia Osteochondroplastica (TO) dan penyakit itu sangat jarang ditemui serta kurang 400 kes dilaporkan di seluruh dunia.

“Ketulan ini berwarna putih dan keras seperti gigi. Ia juga sangat keras dan tidak boleh dicabut,” katanya.

TO kali pertama ditemui oleh seorang pakar Britain, Samuel Wilks pada 1857 dan dilaporkan dalam Jurnal Britain untuk Anestesia.

Punca penyakit itu masih belum diketahui hingga ke hari ini tetapi satu laporan kes di Amerika Syarikat menyatakan ia berkaitan dengan kanser kulit.

“Terdapat 10 kes dilaporkan di China dan kurang 400 kes di seluruh dunia,” jelasnya.

Menurutnya, ketulan di dalam tekak Zhang mencecah 10 milimeter panjang menyebabkan batuk dan kahak berdarah.

“Ketika ini hanya ada rawatan sementara untuk meredakan penyakit lelaki ini.

“Terapi laser dan rawatan lain hanya boleh melegakan kesan penyakit tetapi ia tidak boleh disembuhkan sepenuhnya,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Lelaki terkejut puluhan gigi tumbuh di tekak dan tak boleh dicabut

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wst87Z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.