Hi! Welcome Back and Stay Tune! MB saran pesta arak Oktoberfest di Johor tidak diperbesarkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MB saran pesta arak Oktoberfest di Johor tidak diperbesarkan

Mohamed Khaled Nordin

Kerajaan Johor menyarankan agar isu penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman (Oktoberfest) khususnya di negeri ini, tidak diperbesarkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, acara membabitkan minuman keras itu telah dianjurkan pada setiap tahun, namun secara tertutup dan tidak menjemput orang ramai secara terbuka.

Menurutnya, acara berkenaan juga tidak dianjurkan di kawasan terbuka dan pada skala besar berbanding negeri-negeri lain.

“Benda ini sudah lama dibuat dan tidak diwar-warkan atau dihebahkan. Program itu buat di lokasi tertutup sahaja dan bukan seperti di sesetengah negeri yang buat dengan menjemput orang ramai, secara terbuka.

“Jadi kita tidak perlu membesar-besarkan perkara itu,” katanya ketika ditemui, di sini, sebentar tadi.

Sebelum ini, poster menunjukkan acara pesta minuman keras itu yang akan diadakan di sebuah hotel di bandar raya ini pada 13 dan 14 Oktober ini menjadi tular di beberapa laman-laman sosial.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber MB saran pesta arak Oktoberfest di Johor tidak diperbesarkan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xI931s

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.