Hi! Welcome Back and Stay Tune! M’sia Gagal Kutip Pingat Hari Kedua Kejohanan Remaja Asia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

M’sia Gagal Kutip Pingat Hari Kedua Kejohanan Remaja Asia

KUALA LUMPUR – Pasangan negara, Tun Ameerul Luqman Al-Hakim dan Mohd Hafiz Zainuddin gagal mempamerkan aksi cemerlang apabila hanya menduduki tempat kelima acara berpasangan lelaki Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-19 di Manila, Filipina hari ini.

Tun Ameerul dan Hafiz mencatat 424-509-516-389-386-362 untuk melakukan keseluruhan 2,586 jatuhan pin, demikian menurut laman web Persekutuan Boling Asia (ABF), www.abf-online.org.

Pasangan Korea Selatan Han Jae Hyeon-Lee Ju Hyung merangkul pingat emas selepas melakukan 479-535-424-462-410-388 untuk keseluruhan 2,698 jatuhan pin meninggalkan pasangan Indonesia, Paolo Hernandez-Muhammad Islam dengan pingat perak setelah hanya melakukan 2,639 jatuhan pin.

Korea Selatan menunjukkan penguasaan mereka dalam kategori berkenaan apabila satu lagi pasangannya, Park Geon Ha-Lim Seong Lyul meraih gangsa selepas mengumpul keseluruhan 2,619 jatuhan pin.

Untuk rekod, skuad boling negara telah meraih satu pingat emas dan perak pada hari pembukaan semalam, masing-masing menerusi Tun Ameerul dan Nur Amirah Auni Azman dalam acara perseorangan lelaki dan wanita.

Dua lagi pingat emas menjadi rebutan, esok – acara berpasukan lelaki dan wanita pada kejohanan dwitahunan itu yang menarik penyertaan peserta dari 15 negara. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y3B9Am

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.