Nabila Huda dikejarkan ke hospital
KUALA LUMPUR: Nabila Huda terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital di ibu kota kerana tidak dapat menahan rasa sakit pada bahagian pangkal peha, kelmarin.
Nabila, 32, bagaimanapun memilih untuk tidak bermalam di pusat rawatan berkenaan bagi melangsaikan penggambaran drama rantaian, Dendam Aurora, yang kini menemui penonton di sebuah saluran berbayar.
“Saya mengalami rasa sakit pada bahagian pangkal peha sehingga tidak dapat bergerak. Akhirnya saya dikejarkan ke hospital dengan ambulans bagi mendapatkan rawatan. Namun sehingga kini punca kesakitan belum dapat dikenal pasti.
“Ujian imbasan MRI bakal dilakukan esok bagi mengenal pasti punca kesakitan yang saya alami ini. Buat waktu ini, doktor belum dapat memberi pengesahan, apakah penyakit sebenarnya.
“Oleh itu, saya memilih untuk kembali ke lokasi penggambaran kerana tidak mahu urusan kerja terganggu pula. Rasa sakit ini pun sekejap datang dan sekejap lagi menghilang,” katanya kepada BH Online.
Pelakon filem Munafik dan Tombiruo itu mengakui, jadual kerja yang padat turut menyumbang kepada keadaan kesihatannya.
Selain terikat dengan penggambaran drama rantaian 100 episod berkenaan, Nabila juga sempat melunaskan amanah sebagai pengacara Anugerah Planet Muzik 2017 yang berlangsung di Singapura, baru-baru ini.
Sumber: Bharian
Sumber Nabila Huda dikejarkan ke hospital
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gA9a54
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment