Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nenek Membawa Cucunya Beli Baju. Namun Cucu Tak Keluar² Dari Bilik Persalinan. Saat Pintu Dibuka Hal Mengejutkan Terjadi !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nenek Membawa Cucunya Beli Baju. Namun Cucu Tak Keluar² Dari Bilik Persalinan. Saat Pintu Dibuka Hal Mengejutkan Terjadi !!!

Nenek Membawa Cucunya Beli Baju. Namun Cucu Tak Keluar² Dari Bilik Persalinan. Saat Pintu Dibuka Hal Mengejutkan Terjadi !!! | KITA VIRAL – Selalu awasi anak-anak Anda ketika sedang berbelanja di kedai baju.

Kerana hal-hal merbahaya yang tak diduga boleh sahaja terjadi bahkan sampai tahap kehilangan nyawa.

Kejadian nahas yang menimpa seorang anak kecil ini yang maut setelah jaketnya tersangkut pada tempat gantung baju yang ada di bilik persalinan baju. Kejadian ini terjadi di kedai Again Thrift and More di Mankato, Minnesota.

Kejadian meragut nyawa anak kecil berusia 4 tahun yang bernama Ryu Pena ini meninggalkan duka yang mendalam bagi keluarga. Apalagi ketika itu sebenarnya dia sedang bersama neneknya yang sibuk memilih baju.

Ibu Ryu sendiri, Denyce Gonzalez, tidak menyalahkan si nenek. Kerana dia mengakui bahawa anaknya sangat lincah dan selalu suka memanjat tempat tinggi sehingga ianya wajar jika dia terlepas dari pandangan neneknya yang sudah tua.

Ini adalah kejadian yang terjadi kerana dia memang seorang anak yang suka merayau tempat apapun yang dia datangi, kata ibunya kepada CNN.

Saat kejadian berlaku, Ryu memakai jaket hoody dengan tali di leher dan penutup kepala. Ketua Polis di Mankato, Jeremy Clifton menyatakan bahawa saat masuk ke bilik persalinan sendirian.

Ryu memanjat ke atas dan jaketnya tersangkut tempat penyangkut pakaian yang biasa digunakan orang untuk menggantung baju mereka.

Kemungkinan dia gagal membebaskan dirinya sendiri. Oleh kerana kakinya yang masih pendek tidak boleh memijak lantai.

Akhirnya dia tercekik jaketnya sendiri. Ujar Clifton yang berusaha menjelaskan pada media berkenaan penyebab kanak-kanak tersebut maut.

Saat sang nenek sadar bahwa cucunya lepas dari pandangan, ia segera mancarinya ke semua tempat. Langkahnya membawa ia ke kamar pas.

Betapa terkejutnya ia ketika melihat tubuh cucunya tergantung di bilik persalinan dalam keadaan sudah tak bernyawa.

Dia segera memanggil petugas dan pegawai kedai untuk melepaskan cucunya dari gantungan baju yang menjerat jaketnya.

Pegawai kedai itu mengaku tidak mengetahui jika ada anak kecil yang berada di bilik itu. Apatah lagi, Ryu memang mengunci bilik tersebut saat bermain di dalam sana.

Untuk membiayai pemakamannya, nenek Ryu, Jessica Cuevas membuat sebuah kempen pengumpulan dana di laman GoFundMe.

Dana yang diperlukan pada masa awal kempennya adalah USD 11.000. Hingga berita ini dituliskan, dana yang terkumpul sudah mencapai USD 19.000 atau sekitar RM80,000.

Kejadian ini menjadi pukulan hebat yang sangat berat untuk keluarga Ryu, sekaligus memberi peringatan kepada orang tua lainnya supaya lebih memerhatikan anaknya ketika berada di mana-manapun.

Hasrat anak untuk bermain di manapun dia berada memang menandakan bahawa dia adalah anak yang cerdas. Namun itu juga bererti bahawa tidak ada tempat yang benar-benar selamat untuknya.

Agar kejadian anak kecil maut seperti kes Ryu tidak terulang lagi, ada baiknya kita selalu mengawasi anak, terutama di tempat-tempat umum. Tak lupa juga, kita juga harus mengajarinya untuk menjaga dirinya sendiri saat berada di tempat orang ramai.

Kredit : Cerpen

The post Nenek Membawa Cucunya Beli Baju. Namun Cucu Tak Keluar² Dari Bilik Persalinan. Saat Pintu Dibuka Hal Mengejutkan Terjadi !!! appeared first on KITA VIRAL.



✍ Sumber Pautan : ☕ KITA VIRAL

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yaeerm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.