“Petik nama orang pandai, kencing girl friend pandai, cover kesalahan sendiri kat media pandai, kutuk kawan baik pandai” – Zahirah bengang dengan Kamal Adli, dedah mesej whatsapp
DUNIA hiburan terus panas apabila pelakon Zahirah MacWilson berang dengan ‘lakonan’ Kamal Adli terhadapnya lalu bertindak berkongsi mesej perbualan mereka dengan orang ramai.
Ia selepas Emma, 25, membuat kenyataan hubungannya dengan Kamal Adli sudah putus yang antara lain disebabkan Zahirah sebagai puncanya.
Zahirah, 22, mendakwa kesal dengan sikap aktor itu kerana menggunakan nama orang lain untuk kepentingan peribadi khususnya dalam berhadapan isu hubungan dengan kekasih sendiri.
“Petik nama orang pandai, kencing girl friend pandai, cover kesalahan sendiri kat media pandai, kutuk kawan baik pandai. If you can’t be professional don’t drag people to your mentality.
“Jangan disrespect nama orang, kerja orang dan life orang. Jadi matang sikit dan jangan hendak perasan lebih. Fokus kat kerja instead of jahanam kan image (imej) orang. Tak fasal-fasal disebabkan kerja bangang macam ni, orang lain nampak teruk. Stop the storytelling,” luah Zahirah.
Berdasarkan kepada lapan perkongsian cetakan skrin mesej perbualan itu, Zahirah berasa kesal kerana tidak mengetahui ‘taktik’ Kamal Adli selama ini yang cuba untuk mewujudkan cinta lokasi antara mereka dalam usaha ‘mengenakan’ Emma.
Mesej itu juga turut memperlihatkan Kamal Adli, 31, mungkin bercerita sesuatu terhadap Emma degan membabitkan nama Zahirah.
Kata Zahirah, selama berada di lokasi penggambaran drama Dara Pujaan Dara yang menggandingkannya dengan Kamal sebagai pelakon utama, dia banyak menumpukan kepada kerjanya sahaja.
“You know what, you guys punya problem between you guys. You salah sebab libat nama I for no reason. I duduk kat set baru 3 hari, lepas habis DPD (Dara Pujaan Dara) and I buat hal I sendiri,” tulisnya.
Salah satu daripada lapan cetakan skrin perbualan Zahirah dan Kamal Adli yang dikongsi aktres itu dengan orang ramai.
Paparan skrin itu turut memperlihatkan Kamal mengaku kesilapannya kerana wujudnya masalah itu selain berkata hal yang berlaku telah diselesaikan dengan baik.
Malah Kamal juga menekankan yang dia dan Zahirah tidak pernah keluar berkaroke berdua selepas tamat penggambaran drama berkenaan sebaliknya mereka keluar secara beramai-ramai.
Zahira antara lain turut meminta agar namanya tidak terus ‘dipetik’ atau dikaitkan sehingga membawanya terpalit dalam kemelut cinta Kamal dan Emma Maembong itu.
“You yang asyik-asyik tanya pasal I kat orang and I tak tahu anything. You yang cakap jangan bagi tahu Zahirah,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu Emma dalam kenyataannya kepada sebuah portal berita mendakwa dia bersama Kamal termasukah Zahirah dan kekasihnya, Zul Ariffin telah duduk berbincang mengenai kemelut yang berlaku itu.
Namun untuk tidak menjadikan masalah itu lebih rumit, Emma mengambil pendekatan memutuskan hubungannya dengan Kamal sebagai jalan terbaik.
Sebelum bercinta dengan Kamal, Emma pernah digosipkan dengan pelawak Zizan Razak dan hubungan itu juga tidak kesampaian.
Dalam pada itu Kamal Adli memberitahu mStar Online, dia tertekan dan enggan melayan isu berkaitan hubungannya dengan Emma Maembong yang dikatakan sudah putus.
Lebih parah, apabila aktres Zahirah MacWilson juga tampil mendedahkan mesej perbualannya dengan Kamal kepada umum pada pagi Rabu.
“Entahlah saya sudah penat gila, saya malas nak komen dan layan perkara ini kerana ia akan jadi lebih buruk.
“Isu ini sepatutnya sudah selesai sebab kami semua sudah berjumpa minggu lalu,” ujarnya.
Kamal berkata, dia tidak faham tindakan pelakon gandingannya dalam drama Duda Pilihan Dara itu bertindak mengeruhkan lagi keadaan.
Bagaimanapun, Kamal berkata, orang ramai boleh menilai sendiri perkara berkenaan.
“Saya tidak tahu mengapa Zahirah bertindak demikian. Tapi biarlah, saya pun sudah penat biar orang ramai menilainya sendiri.
“Saya tidak perlu komen kerana perkara ini hanya akan menampakkan kami bodoh sahaja,” ujarnya.
Sumber: Mstar
Sumber “Petik nama orang pandai, kencing girl friend pandai, cover kesalahan sendiri kat media pandai, kutuk kawan baik pandai” – Zahirah bengang dengan Kamal Adli, dedah mesej whatsapp
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yL0jG5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment