Sektor Pembuatan UK Berkembang Pada Kadar Yang Perlahan
Sektor pembuatan UK terus berkembang dengan kukuh pada bulan September, walaupun dengan kadar yang lebih perlahan. Badan pengkaji pasaran, Markit melaporkan data indeks PMI sektor pembuatan UK pada bulan Septmber jatuh 55.9 berbanding bacaan 56.9 yang dikeluarkan pada bulan Ogos.
Bacaa indeks melebihi 50.0 menunjukkan pertumbuhan dalam industri dan sebaliknya jika bacaan di bawah 50.
Pengeluaran dan tempahan baru kedua-duanya meningkat lebih daripada kadar purata jangka masa panjang. Walau bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan tekanan inflasi pada harga barangan semakin meningkat. Hal ini disebabkan oleh kombinasi peningkatan harga komoditi, kadar pertukaran matawang dan juga tekanan daripada lebihan bekalan.
Rob Dobson, ketua ekonomi daripada Markit mengulas, “Walaupun sektor ini secara keseluruhannya menunjukkan pertumbuhan yang baik pada suku tahun ketiga, namun pergerakan semakin perlahan pada bulan September, menjadi petunjuk momentum semakin hilang”.
Berdasarkan data yang dikeluarkan pada minggu lepas, ekonomi Britian berkembang pada kadar paling perlahan sejak 2013 dalam tempoh 12 bulan selepas undian Brexit tahun lepas, menambahkan halangan kepada bank pusat England (BoE) untuk menaikkan kadar pada tahun ini
BoE berkata pada September lalu bahawa mereka akan tingkatkan kos pinjaman pada bulan hadapan jika ekonomi dan tekanan harga barangan terus meningkat.
Pasangan matawang GBP/USD didagangkan pada $1.3311, susut 0.64% selepas data dikeluarkan, manakala EUR/GBP meningkat 0.06% kepada 0.8823 pada jam 5.30 petang.
Berikut merupakan pergerakan saham di Eropah:
FTSE 100 : +0.5%
Euro Stoxx 50: +0.3%
France CAC : +0.1%
Jerman Dax: +0.4%
The post Sektor Pembuatan UK Berkembang Pada Kadar Yang Perlahan appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xNmUkK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment