Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sektor Perkilangan Zon-Eropah Capai Paras Tertinggi Sejak 2011 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sektor Perkilangan Zon-Eropah Capai Paras Tertinggi Sejak 2011

Industri-industri dalam rantau zon eropah mengalami tingkat produktiviti tertinggi pada bulan September sejak 2011, dan dijangka prestasi positif akan terus berlanjutan sehingga bulan Oktober dengan pertumbuhan tempahan baru di dalam industri perkilangan.

Permintaan dan aktiviti firma menujukkan peningkatan walaupun firma-firma meningkatkan harga mereka pada kadar terpantas dalam tempoh 5 bulan berikutan dasar polisi oleh bank pusat Eropah yang dijangka akan mengurangkan pembelian aset.

Indeks sektor pembuatan (Manufacturing Purchasing Managers’ Index, PMI) menunjukkan perningkatan kepada 58.1 pada bulan 9 berbanding bulan ogos pada 57.4, walaupun tersasar sedikit daripada bacaan jangkaan 58.2 tetapi bacaan bulan 9 merupakan bacaan tertinggi sejak Februari 2011.

Indeks output (pengeluaran) meningkat kepada 59.2 dari 58.3, menujukkan bacaan tertinggi sejak April 2011. ” Lonjakan sektor pembuatan zon-eropah semakin meningkat pada bulan September. Tambahan pula, pemulihan ekonomi yang semakin positif berikutan peningkatan permintaan dalam zon eropah. Secara tidak langsung telah meningkatkan pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh.” kata Chris Williamson, penganalisis ekonomi IHS Markit.

Lonjakan dalam komponen tempahan telah mendorong industri pembuatan untuk mengambil lebih banyak staf pada kadar yang lebih tinggi sejak 20 tahun lalu.

Bulan Oktober dijangka merupakan bulan yang sibuk buat kilang-kilang kerana Sub-Indeks mengukur tempahan baru meningkat kepada 58.5 dari 58.3.

Inflasi zon eropah jatuh sedikit daripada jangkaan pada bulan September. Berdasarkan data rasmi yang dikeluarkan Eurostat pada hari Khamis. menyatakan pertumbuhan harga kekal lemah dan menyokong tindakan ECB untuk mengurangkan pembelian aset.

The post Sektor Perkilangan Zon-Eropah Capai Paras Tertinggi Sejak 2011 appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x9AAcP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.