Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sentimen Semasa Pasaran Global Dalam Awal Dagangan Sesi Eropah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sentimen Semasa Pasaran Global Dalam Awal Dagangan Sesi Eropah

US dolar masih lagi didagang lebih tinggi secara keseluruhan dalam awal dagangan sesi Eropah yang disokong oleh jangkaan kenaikan kadar faedah The Fed dan juga reformasi cukai Amerika Syarikat. Faktor kelemahan Euro juga menolak US dolar ke atas di mana ketidaktentuan politik Catalonia sedikit sebanyak memberi kesan kepada matawang tunggal (Euro).

Matawang GBP ketika ini juga jatuh dengan GBP/USD susut 0.66% setakat pukul 5.38 petang ke paras terendah 14 September lalu. Faktor politik di UK juga memberi kesan kepada Euro, dengan terdapatnya ahli kabinet Theresa May yang tidak bersetuju dengan beliau iaitu Boris Johnson.

Setakat ini pergerakan bagi pasangan matawang utama yang lain setakat pukul 5.42 petang:

USDJPY: +0.31%
USDCHF: +0.29%
USDCAD: +0.39%
AUDUSD: -0.38%
NZDUSD: -0.64%

Pasaran saham

Pasaran saham U.S ketika ini menunjukkan potensi dibuka lebih tinggi pada hari ini seperti yang ditunjukkan dalam pasaran hadapan.

Dow 30 Futures : +0.12%
Nasdaq Futures : +0.09%
S&P 500 Futures : +0.09%

Manakala indeks saham utama Eropah pula didagang positif secara keseluruhan.

Euro STOXX 50 (Blue chips) : +0.15%
Indeks DAX (Jerman) : +0.28%
Indeks CAC40 (Perancis) : -0.04%
FTSE 100 (Britain) : +0.51%

Pergerakan saham penting bagi melihat risk appetite (citarasa kepada risiko) para pelabur dalam pasaran semasa. Anda perlu perkuatkan analisis fundemental untuk memahami risk appetite melalui saham.

Pasaran Bon

Hasil-bon Amerika Syarikat secara keseluruhannya naik di awal pembukaan dagangan minggu ini. Berikut adalah perubahan hasil-bon dunia setakat pukul 5.24 petang.

US-10Y Yield : +1.02%
US-5Y Yield : +1.19%
US-30Y Yield : +0.55%

German 10Y Yield : -1.52%
Perancis 10Y Yield : -0.23%
UK 10Y Yield : -0.51%

Pasaran Komoditi

 

Harga emas meneruskan kejatuhan dalam awal dagangan Eropah hari ini dengan faktor pengukuhan US dolar. Emas ketika ini didagang di sekitar  $1272.90 setakat pukul 5.29 petang.

Kelemahan oleh emas ini turut memperlihatkan kelemahan dalam logam berharga seperti Perak yang turut jatuh sejak daripada Jumaat.

Untuk pasaran minyak mentah, ia masih lagi didagang mendatar selepas kejatuhan harga yang agak banyak pada Jumaat. Kejatuhan pada Jumaat lalu adalah disebabkan rekod pengeluaran oleh OPEC yang meningkat sekaligus mencetuskan kebimbangan terhadap lebihan penawaran global.

The post Sentimen Semasa Pasaran Global Dalam Awal Dagangan Sesi Eropah appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xO7NYt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.