Serangan siber baru landa Russia dan Ukraine
KIEV: Serangan siber menjejaskan lapangan terbang antarabangsa Ukraine dan tiga media Russia semalam, empat bulan selepas virus 'NotPeya' merebak dari dua negara berkenaan ke seluruh dunia.
Pakar keselamatan siber berkata, virus komputer juga merebak ke Turki dan Jerman sepanjang hari, tetapi pada saiz lebih kecil.
Lapangan Terbang Antarabangsa Odessa, dalam laman Facebook berkata 'sistem penerangan' berhenti berfungsi tengah hari semalam.
"Semua perkhidmatan lapangan terbang berfungsi dalam rejim keselamatan yang diperkukuhkan," kata lapangan terbang tanpa mengulas lanjut.
Laman webnya menunjukkan trafik udara masuk dan keluar bandar raya peranginan Laut Hitam mengikut jadual.
Agensi berita Interfax di Russia, antara yang terbesar di negara itu, juga membuat penghantaran akhir pada jam 2.13 petang waktu tempatan sebelum tidak berfungsi.
Pakar keselamatan siber memberitahu laman berita Fontanka di bandar raya St Petersburg dan media ketiga 'yang namanya tidak dapat didedahkan buat masa ini', juga tidak berfungsi. - AFP
Sumber Serangan siber baru landa Russia dan Ukraine
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h6l9bp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment