Hi! Welcome Back and Stay Tune! SPRM serbu rumah adik presiden parti politik pembangkang Sabah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SPRM serbu rumah adik presiden parti politik pembangkang Sabah

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu rumah adik kepada presiden parti politik pembangkang di Sabah di sini petang ini.

Menurut sumber SPRM yang dihubungi Astro AWANI, serbuan itu dilakukan sepasukan lima pegawai SPRM kira-kira pukul 3.30 petang.

Katanya, pegawai SPRM itu tiba bersama adik presiden parti politik pembangkang tersebut di rumahnya di Putatan, Sabah bagi mencari bahan bukti berhubung kes penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

"Pemeriksaan di rumah lelaki itu dilakukan hampir tiga jam dan berakhir sekitar jam 6 petang," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Difahamkan, sebelum ini lelaki tersebut dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Sabah.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad baru-baru ini mendedahkan pihaknya menyita lebih RM180 juta dalam akaun bank berhubung kes penyelewengan dana kementerian itu di Sabah.

Semalam, tiga ketua pemuda dari dua parti iaitu UMNO dan Parti Warisan Sabah (Warisan) ditahan SPRM bagi membantu siasatan.

Penahanan itu susulan tangkapan pertama yang dilakukan SPRM pada 5 Oktober lalu ke atas seorang pemimpin kanan Parti Warisan bersama seorang lelaki dipercayai kontraktor serta Timbalan Setiausaha bahagian infrastruktur di kementerian berkenaan.

Hari ini, Majistret Cindy Mc Juce Balitus mengeluarkan perintah reman selama lima hari ke atas tiga ketua pemuda daripada dua parti politik bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Sabah.

Manakala, tempoh reman pemimpin kanan Parti Warisan dan seorang ahli perniagaan yang ditahan Khamis lalu berhubung kes sama disambung tiga dan empat hari.



Sumber SPRM serbu rumah adik presiden parti politik pembangkang Sabah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gadbkd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.