Hi! Welcome Back and Stay Tune! SPRM WAJAR PULANGKAN ‘DERMA’ RM5 JUTA NAJIB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SPRM WAJAR PULANGKAN ‘DERMA’ RM5 JUTA NAJIB

SEMALAM dalam program sambutan 50 tahun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Perdana Menteri Najib Razak yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) mengumumkan peruntukan segera RM5 juta kepada Yayasan Prihatin SPRM yang berperanan menjaga kebajikan warga SPRM.

Peruntukan segera RM5 juta ini dibuat selang beberapa hari selepas Najib mengumumkan beliau menyerahkan senarai sebahagian calon BN untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) untuk disaring oleh SPRM.

Peruntukan segera RM5 juta ini juga dibuat pada ketika Jabatan Peguam Negara belum lagi menerima kertas siasatan SPRM berkenaan RM42 juta wang SRC International Bhd yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Malah pembongkaran ketua pembangkang minggu lalu terhadap jumlah kompaun RM115.8 juta yang dikenakan Bank Negara Malaysia terhadap entiti berkait skandal mega 1Malaysia Development Bhd (1MDB) turut melibatkan Najib.

Ini kerana pada ketika kesalahan tersebut berlaku, Najib merupakan perdana menteri yang perlu memberi kebenaran bertulis kepada sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan) berdasarkan Artikel 117 Memorandum dan Artikel Pertubuhan 1MDB pada yang terpakai pada ketika itu.

Mengambil kira -perkara ini, dan mengambil kira SPRM akan membuat saringan tidak wajib terhadap calon BN di mana Najib adalah pengerusi BN dan juga salah seorang calon, peruntukan segera RM5 juta kepada Yayasan Prihatin SPRM ini bakal mengundang pelbagai spekulasi tidak sihat di kalangan orang ramai.

Malah sukar mengelak kemungkinan peruntukan segera ini dilihat sebagai hadiah atau derma yang mungkin bermotif politik.

Oleh itu, untuk mengelak spekulasi atau persepsi tidak sihat, SPRM wajar mengambil pendirian moral yang jelas dan memulangkan “derma” RM5 juta ini kepada pihak kerajaan.

Dengan memulangkan wang ini, SPRM akan menjadi contoh terbaik kepada rakyat Malaysia bahawa bukan saja rasuah perlu ditolak, malah sebarang hadiah atau derma yang mungkin dilihat sebagai rasuah juga perlu ditolak.

Pada masa sama, saya berharap ahli Parlimen pembangkang malah juga kerajaan akan mengambil maklum isu peruntukan serta kebajikan SPRM ini, dan membahaskannya pada sidang akan datang.

Parlimen sebagai badan perundangan merupakan forum terbaik mengumumkan peruntukan untuk SPRM dan Yayasan Prihatin SPRM, berbanding pengumuman dibuat oleh perdana menteri yang merupakan ketua eksekutif.

Ini untuk mengelak persepsi SPRM tidak bebas daripada pihak eksekutif.

Selain itu, Parlimen perlu mengeluarkan SPRM dari Jabatan Perdana Menteri dengan menjadikannya badan bebas yang melapor terus kepada Parlimen.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yCnAJ2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.