Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suami Tampar Dan Tendang Isteri Bakal Dikenakan Hukuman Penjara Selama Dua Tahun.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suami Tampar Dan Tendang Isteri Bakal Dikenakan Hukuman Penjara Selama Dua Tahun..


KUALA TERENGGANU - Pertengkaran yang tercetus di antara pasangan suami isteri sehingga menyebabkan lelaki terbabit gagal mengawal kemarahan lalu menampar dan menendang isterinya dalam kejadian minggu lalu, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini, lapor Harian Metro. 

Abdul Muhsin Aziz, 39, didakwa mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara selama dua tahun, jika sabit kesalahan.


Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa, Tengku Nur Sufrina Tengku Mazman, 25, dalam kejadian di sebuah rumah di Banggol Peradong, Manir, jam 7.30 malam, 18 Oktober lalu. 

Difahamkan, mangsa yang sedang mengemas rumah terkejut dengan kepulangan suaminya dalam keadaan marah dan tiba-tiba memaki hamun mangsa menyebabkan pasangan berkenaan bertengkar. 


Pertengkaran menjadi semakin serius apabila suspek gagal mengawal kemarahan lalu bertindak menampar pipi kanan mangsa, selain ditumbuk dan disepak oleh suspek. 

Majistret Abdul Hayyi Salim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 30 Oktober depan bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i2ior8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.