Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sufi Rashid tiada hala tuju, akhirnya tersingkir AF Megastar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sufi Rashid tiada hala tuju, akhirnya tersingkir AF Megastar

Penyanyi Sufi Rashid bernasib tidak baik apabila diumumkan tersingkir dalam program AF Megastar minggu ketiga yang diadakan di Royal Theater di sini, malam Ahad.

Persembahannya menerusi lagu Izinkanku Pergi nyanyian asal Kaer mendapat ulasan kurang memuaskan daripada barisan juri yang mewakili 60 peratus markah.

40 peratus markah lagi dilakukan secara undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh penonton.

Tiga juri yang terlibat untuk konsert ini ialah Datuk Ramli MS, Syafinaz Selamat dan Faizal Tahir.

 

Meskipun tersingkir, Sufi satu-satunya peserta dari Singapura masih mendapat markah paling tinggi hasil undian peminat untuk muncul sebagai juara mingguan.

Tema untuk konsert minggu kelima ialah Mahakarya.

Sementara itu, juri tetap Syafinaz berasakan Sufi yang juga juara Akademi Fantasia 2015 masih belum mengetahui hala tuju sebenar dalam nyanyiannya.

“Saya hairan sebab dia ada suara tapi tak boleh menyanyi dalam beberapa genre dan masih tidak tahu apa jenis muzik lagu yang dia boleh bawa,” katanya.

Lapan peserta yang mara ke minggu seterusnya ialah Bob, Idayu, Marsha, Shahir, Amir Jahari, Indah Ruhaila, Syamel dan Amir.

AF Megastar disiarkan menerusi Astro Ria dan Ria HD pada pukul 9 malam.

Sumber: Mstar



Sumber Sufi Rashid tiada hala tuju, akhirnya tersingkir AF Megastar

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xQ6hqj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.