Tak Suka Zul Ariffin? Bapa Zahirah Macwilson Beri Penjelasan
Kredit foto: star2.com & Beautifulnara
Bapa aktres Zahirah Macwilson, Zainol Macwilson menjelaskan hubungannya dengan teman lelaki anak perempuannya, aktor Zul Ariffin berada dalam keadaan baik.
Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini hanyalah gurauan, lantas meminta netizen supaya tidak mengambil serius.
"Sekadar gurauan sahaja. Saya tak ada masalahpun dengan Zul Ariffin. Pada yang tak faham usul komen itu, janganlah sensitif sangat," tulisnya.
Kenyataan tersebut dibuat menerusi laman Instagram Suria Malaysia.
Terdahulu, Zainol membalas komen salah seorang peminat di Instagram Zahirah.
Dalam komen itu, bapa aktres tersebut mempersoalkan permintaan seorang peminat yang mahu melihat Zahirah dan Zul Ariffin digandingkan dalam lakonan.
Kredit foto: Instagram Zahirah Macwilson
Susulan kenyataannya, peminat mula berspekulasi hubungan Zainol dan pelakon filem Tombiruo: Penunggu Rimba itu bermasalah.
Dalam pada itu, Zainol tidak menolak sekiranya pasangan tersebut mempunyai rezeki untuk digandingkan dalam drama ataupun filem.
Di kesempatan yang sama, dia memohon maaf sekiranya komen yang dilontarkan sebelum ini membuatkan mana-mana pihak terasa.
"Kalau ada rezeki mereka bergandingan bersama, Alhamdulillah. Saya sentiasa mendoakan agar mereka berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.
"Apa-apapun saya minta maaf kalau ada yang tersalah cakap," tulisnya lagi
Sumber berita: suria.my
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yLSotr
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment