Hi! Welcome Back and Stay Tune! Beri Makan Percuma, PM Ucap Tahniah Pada Jamal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Beri Makan Percuma, PM Ucap Tahniah Pada Jamal


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melakukan ‘persinggahan mengejut’ ke Restoran Gerakan NGO 1Malaysia milik Datuk Seri Jamal Yunus di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, awal petang tadi.

Restoran itu menjadi tumpuan ramai sejak dua bulan kebelakangan ini kerana menyediakan makan tengahari percuma kepada semua rakyat Malaysia di ibu kota.

Najib yang tiba jam 1 petang dibawa melihat keadaan sekeliling yang penuh sesak oleh Jamal.

Kagum dengan usaha murni Jamal itu, Najib berkata restoran itu sememangnya menjadi tempat tarikan baru kerana menyediakan makanan percuma yang selesa kepada warga kota.

“Tahniah Datuk Jamal, semoga program sukarelawan ini jadi terkenal dan diperluaskan lagi ke tempat lain,“ujarnya yang berada kira-kira 30 minit di restoran itu.

Keunikan restoran tersebut unik adalah ianya menerima tajaan barangan keperluan memasak makan tengahari untuk 3,000 warga kota.

Sumbangan yang disampaikan oleh pelbagai pihak itu berupa beras dan barangan lain yang kemudiannya diproses oleh pasukan sukarelawan Gerakan NGO 1 Malaysia untuk dijadikan santapan untuk seseiapa sahaja yang mahu menikmatinya.

Selain di Jalan Pahang, Datuk Jamal juga membuka restoran dengan konsep serupa di Sungai Besar,Selangor.-MYNEWSHUB.CC


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jsbSuy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.