Hi! Welcome Back and Stay Tune! Che Ta nasihat Fazura supaya reda bersuamikan lelaki muda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Che Ta nasihat Fazura supaya reda bersuamikan lelaki muda

Pelakon Rozita Che Wan menasihati Fazura agar perlu reda banyak perkara apabila memilih pasangan yang mempunyai perbezaan usia agak jauh sebagai suami.

Rozita mengambil contoh, pandangan yang berbeza dalam sesuatu hal merupakan cabaran dalam rumah tangganya yang dibina dengan suami Zain Saidin.

“Setiap pasangan berbeza dan jarak saya dengan suami agak jauh berbanding Fattah dan Fazura, mereka baru tujuh tahun beza.

“Apa yang boleh saya nasihat ialah kena banyak reda dan saling bertolak ansur kerana cara pandangan kita dan dia (lelaki) berbeza. Kadang-kadang kita jangka dia akan buat perkara ini, tapi dia buat lain,” ujarnya kepada mStar Online.

Rozita Che Wan ditemui ketika melawat Expo Negaraku di Dataran Merdeka pada Isnin.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta diminta pendapat mengenai hubungan antara Fazura dan Fattah Amin yang dilaporkan telah bernikah dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel lima bintang pada Isnin.

Fattah berusia 27 tahun manakala Fazura pula berumur 34 tahun.

 

Bagaimanapun, Rozita berkata, melalui pengalamannya, perkara itu bukan satu masalah, sebaliknya dia melalui proses pembelajaran dalam rumah tangga sejak mendirikan rumah tangga empat tahun lalu bersama Zain.

“Pilih lelaki lebih muda kita perlu belajar dan tidak boleh jangka apa yang mereka fikir sama.

“Soal anak contohnya, Zain mahu anak ramai tapi pada fikiran saya pula yang penting ialah kualiti bukan kuantiti,” ujarnya.

Rozita, 44, dan Zain, 32, berkahwin pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: Mstar



Sumber Che Ta nasihat Fazura supaya reda bersuamikan lelaki muda

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zxyzUK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.