Jeneral kanan China bunuh diri
BEIJING: Seorang Jeneral kanan tentera bertindak membunuh diri selepas pihak berkuasa membuka satu siasatan terhadapnya berhubung dua dakwaan rasuah dengan bekas pegawai kanan tentera, kata media tempatan hari ini.
Menurut agensi berita rasmi Xinhua yang memetik satu kenyataan suruhanjaya, Zhang Yang, seorang anggota Suruhanjaya Pusat Ketenteraan bertindak menggantung diri di dalam rumahnya di Beijing pada 23 November lalu.
Zhang ialah pegawai terbaru yang didedahkan dalam kempen antirasuah oleh Presiden Xi Jinping yang sudah melucutkan 1.5 juta pegawai Parti Komunis dari pelbagai peringkat termasuk pegawai kanan tentera sejak 2012.
Zhang yang juga Pengarah Jabatan Politik Suruhanjaya Awam, disiasat berhubung dua pegawai kanan tentera iaitu Guo Boxiong dan Xu Caihou yang disingkirkan dari parti pemerintah Parti Komunis. - AFP
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hZqEZt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment