Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAS tiada peluang jadi progresif - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAS tiada peluang jadi progresif

Tunggu masa saja PAS pecat saya, kata Wan Saiful
Radzi Razak · Diterbitkan pada 28 Nov 2017 3:04PM ·
Pegawai Eksekutif Ideas, yang juga ahli seumur hidup PAS, Wan Saiful Wan Jan berkata beliau hanya menunggu masa sahaja bagi parti PAS membuat keputusan memecat beliau. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 28 November, 2017

KETUA Eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata beliau menunggu masa bagi parti PAS untuk memecat beliau.

Terkenal sebagai seorang liberal dan progresif, Wan Saiful hari ini mengaku beliau menyertai PAS sejak 1997 sebagai ahli seumur hidup walaupun tidak bersependapat dengan parti Islam konservatif itu.

"Semua orang pernah buat silap kan? Saya bergurau. Tapi saya mula terlibat dengan PAS pada tahun 1992 dan menyertai (PAS) sebagai ahli seumur hidup pada 1997. 

"Lambat laun mereka akan pecat saya juga," kata beliau menjawab soalan selepas membentangkan kertas beliau di Persidangan Antarabangsa Transisi Demokratik Dunia Islam ke-5 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ditanya oleh seorang peserta persidangan yang menyatakan terdapat laporan bahawa Wan Saiful yang selalu mengkritik tindakan PAS selama ini rupa-rupanya masih menjadi ahli parti itu.

Kertas kerja bertajuk "Islamisme dalam politik Malaysia: Perpecahan PAS dan penyebaran Idea Progresif" yang dibentangkan beliau menyimpulkan bahawa parti Islam itu ditunjangi golongan konservatif yang mencengkam parti itu sehingga golongan progresif terbuang.

"PAS tidak akan menjadi progressif. Ada kata antara 1998 hingga 2010 PAS telah berubah menjadi lebih progressif dengan golongan tersebut diberikan jawatan penting menerajui parti.

"Bagaimanapun pada 2015, golongan tersebut ditendang keluar selepas dilihat terlalu berpengaruh dalam parti," kata beliau merujuk kepada kekalahan beramai-ramai pemimpin PAS pada muktamar parti itu di Shah Alam dua tahun lalu yang membawa majoriti pemimpinnya menubuhkan Parti Amanah Negara.

Wan Saiful bagaimanapun turut menyatakan Amanah sebenarnya tidak memperjuangkan prinsip progresif sebenar sebaliknya lebih sesuai digelarkan sebagai "neo-konservatif" kerana turut memperjuangkan idea lama berbanding kerangka baru.

"Bagi saya progresif ini mengatakan mengenai tanggungjawab individu, di Malaysia parti politik masih memperkatakan mengenai tanggungjawab negara kepada rakyat," kata beliau.

Wan Saiful berkata idea progresif walaupun masih cetek di peringkat parti politik di negara ini, masih mempunyai masa depan yang baik kerana ia turut didokong oleh masyarakat sivil.

Justeru beliau berkata harapan untuk Islam dan negara progresif tidak patut diletakkan di bahu pemimpin politik semata kerana ia idea yang boleh berevolusi di kalangan masyarakat.

"Progresif masih belum menjadi 'mainstream' di Malaysia. Kebaikannya ialah idea tidak akan mati, ia lebih kuat daripada organisasi dan parti politik. ia akan terus hidup dan dibawa," katanya. – 28 November, 2017.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AFGL9N

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.