Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pihak Berkuasa India Penjarakan Keldai Kerana Makan Tumbuhan Mahal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pihak Berkuasa India Penjarakan Keldai Kerana Makan Tumbuhan Mahal



NEW DELHI : Pihak berkuasa Uttar Pradesh, yang terletak di utara India, telah memenjarakan sekumpulan lapan keldai selama empat hari selepas didapati memakan tumbuhan "mahal" di luar kompleks penjara utama negeri itu di daerah Jalaun, lebih 200 kilometer dari Lucknow, lapor agensi berita China Xinhua.

"Pelbagai jenis anak pokok ditanam sebagai hiasan bagi mengindahkan premis penjara. Tumbuhan itu telah dimusnahkan oleh kumpulan keldai tersebut. Oleh itu saya telah menangkap kesemua haiwan tersebut," kata ketua penjara, Sita Ram Sharma, kepada media.

Keldai terbabit telah dibebaskan pada Isnin selepas seorang ahli politik dari parti pemerintah Bharatiya Janata (BJP) campur tangan berikutan rayuan oleh pemilik haiwan itu.

"Selama dua hari saya tidak dapat mencari kuda dan keldai saya. Apabila saya tahu mereka berada dalam penjara, saya telah meminta bantuan pemimpin BJP tempatan untuk membebaskan mereka," kata Kamlesh S.

-- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hX8NC7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.