Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ikhwan mahu berehat, intai peluang lain - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ikhwan mahu berehat, intai peluang lain

SELEPAS 10 tahun bergelar penyampai radio di Hot FM kemudian di Kool FM, Mohd Khairul Ikhwan Rosli atau Ikhwan, 34, memilih untuk berehat daripada dunia penyampaian radio bermula 24 November lalu.

Ikhwan menafikan dia berhenti sebagai penyampai sebagaimana diperkatakan sebaliknya hanya mahu berehat seketika untuk fokus kepada keluarga.

“Ada kata saya keluar dari dunia radio. Tidak benar tapi saya hanya mahu berehat sekejap. Saya mahu fokus pada keluarga terutama selepas isteri pernah keguguran April lalu,” katanya.

Berkahwin dengan Noor Idayu Mohd Shari Januari lalu, Ikhawan tidak menolak seandainya ada tawaran dari mana-mana stesen radio pada masa depan.

“Kalau ada tawaran, saya sedia pertimbangkan kerana kerjaya sebagai penyampai sudah sinonim dengan saya,” katanya.

Ikhwan juga mahu mengambil masa terluang untuk kembali aktif dalam bidang lakonan dan nyanyian yang agak lama ditinggalkan.

Mula dikenali melalui watak Bong dalam sitkom Bong pada 2007, Ikhwan juga pernah berlakon drama Kawan, Siapa Bos dan Destinas G4.

Dia juga pernah menghasilkan single duet Percaya bersama Diddy Astillah serta bekerjasama menghasilkan lagu bersama Daly Filsuf dan Dynda.

The post Ikhwan mahu berehat, intai peluang lain appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hXi1yt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.