Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kakitangan Majlis Daerah Setiu lawat Balai Berita - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kakitangan Majlis Daerah Setiu lawat Balai Berita

KUALA LUMPUR: Seramai 14 kakitangan Majlis Daerah Setiu (MDS) Terengganu hari ini, mengadakan lawatan sambil berdialog dengan Bahagian Editorial BH di Balai Berita.

Kunjungan itu diketuai Penolong Pegawai Tadbir Kanannya, Roseley Jusoh serta kakitangan Unit Penerbitan Buletin MDS.

Roseley berkata, lawatan terbabit bertujuan bertukar pandangan berhubung penerbitan majalah jabatan itu yang diterbitkan dua kali setahun, khususnya bagi memastikan maklumat disampaikan kekal relevan serta berkualiti kepada kakitangan dan penduduk dalam kawasan perkhidmatannya.

"Lawatan ini mendedahkan cara media beroperasi dalam suasana mencabar ketika ini, selain pengisian untuk penambahbaikan penerbitan Buletin Majlis Daerah Setiu," katanya.

Rombongan itu mengadakan perbincangan dengan Penulis Kanan Khas, Ekonomi dan Hal Ehwal Semasa BH, Saidon Idris dan Pengarang BH Online, Zainudin Isa, yang turut berkongsi pengalaman BH mentransformasikan produk ke arah platform digital.



Sumber Kakitangan Majlis Daerah Setiu lawat Balai Berita

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jtF2t9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.