Hi! Welcome Back and Stay Tune! PKNP sedia ke Liga Super - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PKNP sedia ke Liga Super

Ipoh: Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC sedia menyahut cabaran beraksi dalam kancah Liga Super 2018 jika diberi peluang.

Jurulatihnya, Abu Bakar Fadzim berkata, kelabnya tidak akan melepaskan tawaran yang dibaratkan sebagai ' pucuk dicita ulam mendatang' itu.

"Jurulatih dan pemain mana yang tidak mahu beraksi dalam Liga Super?" katanya.

Malah, Bakar berkata, berdasarkan merit PKNP FC layak untuk beraksi dalam liga elit negara itu selepas membuktikan kemampuan dalam Liga Perdana 2017.

Pasukan konglomerat itu yang menduduki tempat ketiga hanya dipisahkan satu mata dengan juara dan naib juara, Kuala Lunpur serta Terengganu.

Ura-ura PKNP FC akan bermain dalam Liga Super tahun depan muncul apabila Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) bakal membuat keputusan mengenai nasib pasukan seperti Terengganu FC (TFC) II yang dulunya dikenali sebagai T-Team dan FELDA United, hari ini. Turut berpeluang dinaikkan ialah Negeri Sembilan.

Kekosongan berlaku dalam saingan Liga Super 2018 kerana Terengganu FA (TFA) memohon kepada FMLLP minggu lalu untuk penstrukturan semula TFC II dengan menjadikan kelab berkenaan sebagai pasukan sokongan negeri itu manakala FELDA United masih belum diberikan lesen untuk beraksi dalam saingan utama negara.

Difahamkan, FMLLP sudah memberitahu PKNP dan Negeri Sembilan mengenai peluang mereka untuk beraksi dalam kancah Liga Super musim depan.



Sumber PKNP sedia ke Liga Super

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jtEWBN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.