Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Jalani prosedur permohonan nikah biasa seperti orang lain, Fattah Amin dan Fazura tidak diberikan layanan istimewa” – JAWI - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Jalani prosedur permohonan nikah biasa seperti orang lain, Fattah Amin dan Fazura tidak diberikan layanan istimewa” – JAWI

PETALING JAYA: Ketika timbul persoalan mengenai pernikahan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) mengesahkan pasangan berkenaan mengikut peraturan perkahwinan yang betul.

"Jalani prosedur permohonan nikah biasa seperti orang lain, Fattah Amin dan Fazura tidak diberikan layanan istimewa" - JAWI

“Jalani prosedur permohonan nikah biasa seperti orang lain, Fattah Amin dan Fazura tidak diberikan layanan istimewa” – JAWI

Menurut jurucakap pejabat agama itu, kedua-dua pelakon tersebut melalui prosedur perkahwinan sama seperti pasangan berkahwin lain.

“Ya, mereka bernikah malam tadi (Isnin) dan dinikahkan oleh jurunikah daripada pihak Jawi. Kami menerima permohonan dan dokumen yang lengkap daripada pasangan tersebut.

“Fattah juga menghadiri kursus kahwin dan membuat permohonan itu melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPIMM) secara dalam talian,” ujarnya kepada mStar Online.

Fattah dan Fazura mengadakan sidang media mengenai hubungan mereka selepas pulang dari umrah.

Pasangan yang bergandingan dalam drama Hero Seorang Cindarella itu dilaporkan selamat bergelar suami-isteri pada kira-kira pukul 9.50 malam Isnin di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Majlis akad nikah itu berlangsung secara tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Sementara itu, tambah jurucakap itu, tiada sebarang layanan istimewa atau jalan mudah diberikan kepada pasangan selebriti berkenaan.

“Kami tidak memberi sebarang keistimewaan kepada mereka dan mereka melalui semua proses itu seperti orang lain,” ujarnya yang enggan mendedahkan nama jurunikah terlibat.

Terdahulu, Fattah, 27, dan Fazura, 34, mengikat tali pertunangan pada 13 November lalu di kediaman keluarga wanita itu sebelum kedu-duanya menunaikan ibadah Umrah bersama-sama.

Mereka dijadual mengadakan majlis resepsi perkahwinan pada tahun hadapan.

Sumber: Mstar



Sumber “Jalani prosedur permohonan nikah biasa seperti orang lain, Fattah Amin dan Fazura tidak diberikan layanan istimewa” – JAWI

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iam91K

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.