Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes Bakar Tahfiz: Dua Tertuduh Kes Dadah Dilepas, Dibebas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes Bakar Tahfiz: Dua Tertuduh Kes Dadah Dilepas, Dibebas

KUALA LUMPUR: Seorang remaja 16 tahun yang menghadapi pertuduhan membunuh 21 orang pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz itu, pada Selasa dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kanak-kanak  atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.

Majistret Zilfinaz Abbas juga membebas dan melepaskan seorang kanak-kanak berumur 12 tahun atas pertuduhan dadah itu  selepas laporan patologi yang dikeluarkan Makmal Patologi Hospital Kuala Lumpur mendapati kedua-dua lelaki itu  bebas pengaruh dadah.

Peguam Noor Svetlana Mohd Noor Nordin yang mewakili kanak-kanak itu dan Joanne Chua Tsu Fae yang bertindak bagi pihak remaja tersebut  berkata pihak pendakwaan juga telah menarik balik pertuduhan terhadap kedua-dua anak guam mereka.

Noor Svetlana dan Joanne ditemui pemberita selepas prosiding secara tertutup di Mahkamah Majistret Kanak-kanak di sini Selasa.

“Laporan patologi terhadap anak guam saya negatif dan pendakwaan tidak meneruskan pendakwaan terhadapnya dan dia dilepas dan dibebaskan,” kata Noor Svetlana yang turut menyampaikan rasa syukur anggota keluarga kanak-kanak terbabit dengan keputusan itu.

Bagaimanapun remaja berusia 16 tahun itu tidak boleh dibebaskan kerana menghadapi pertuduhan membunuh 21 orang pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah itu.

Kanak-kanak dan remaja terbabit didakwa memasukkan dua jenis dadah iaitu ganja dan syabu ke dalam badan di tandas Pejabat D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini pukul 11.35 pagi, 16 September lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 15(1) Akita Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun serta perintah pengawasan polis selama dua tahun.

Chua juga memaklumkan seorang lagi anak guamnya juga berumur 16 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, dan mahkamah menetapkan 5 Januari tahun depan untuk pengurusan kes dan serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah serta Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz dan Nordin Ismail.

Sumber :
– http://www.mstar.com.my



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iYBVd4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.