#DUNSarawak: Sering Alami Hakisan, Baiki & Naiktaraf Benteng Sungai Di Saribas
KUCHING : Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas sering mengalami hakisan sungai yang sangat teruk akibat fenomena air pasang besar sepanjang tahun, kata Mohamad Razi Sitam (BN-Saribas).
Menurutnya, terdapat 12 kampung yang terjejas teruk ekoran daripada fenomena tersebut.
“Memandangkan kampung-kampung di kawasan saya berada di sepanjang sungai maka mudah terdedah kepada hakisan sungai dan banjir akibat air sungai pasang besar.
“Justeru, saya memohon agar kementerian yang berkaitan dapat memberi perhatian dan peruntukan yang besar untuk membaiki dan menaiktaraf keadaaan benteng sungai,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (2018) pada Persidangan DUN Sarawak hari ini.
Sementara itu, Razi turut membangkitkan isu ketiadaan kad pengenalan di kalangan penduduk kampung.
“Saya sering menerima aduan penduduk belum memiliki kad pengenalan walaupun dokumen mereka telah disediakan untuk tujuan proses permohonan.
“Saya harap kementerian dalam negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara mempercepatkan proses pendaftaran terutama ia melibatkan anak-anak yang berada di sekolah rendah bagi mengelakkan permasalah untuk mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan ketika memohon pekerjaan,” ujarnya.
Razi menambah, ibu bapa juga harus diberi kesedaran tentang keperluan memohon kad kewarganegaraan tersebut untuk anak-anak mereka. - Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yZaQk3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment