Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Video & Gambar) Penduduk Kampung Gempar, Mayat Yang Dikebumikan Sebulan Lalu Tiba-Tiba Timbul Di Atas Kubur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Video & Gambar) Penduduk Kampung Gempar, Mayat Yang Dikebumikan Sebulan Lalu Tiba-Tiba Timbul Di Atas Kubur


Seram, beberapa keping gambar dan rakaman video yang menunjukkan sebujur mayat yang masih berbalut kain kafan tiba-tiba timbul di atas sebuah tanah perkuburan di Kota Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia.

Kelibat mayat itu menjadi tumpuan ramai penduduk sekitar dan luar daerah yang mengetahui kejadian itu selepas tular di laman Facebook.


Menurut seorang pengguna Facebook bernama Muharris Alyamani, mayat itu telah dijumpaikira-kira jam 3 petang pada Isnin lalu oleh seorang penduduk yang sedang memotong rumput di tanah perkuburan berkenaan.

"Selepas menemui mayat itu, lelaki berkenaan terus membuat satu laporan kepada pihak polis selain memaklumkan kepada keluarga arwah," katanya.

Menurut pihak berkuasa Polsek Pontianak Barat, hasil siasatan didapati jenazah telah dikebumikan kira-kira sebulan lalu.

"Jenazah berkenaan timbul kemungkinan akibat tekanan air apatah lagi kawasan itu sering dinaiki air ketika hujan selain menjadi laluan air mengalir, namun sehingga kini belum ada punca sebenar diketahui samada perbuatan khianat atau memang timbul akibat tekanan air," jelas pihak berkuasa tempatan.


Ppenduduk setempat beranggapan kejadian misteri mayat timbul itu adalah berpunca struktur tanah tapak perkuburan tersebut yang gambut dan sering ditenggelami air menyebabkan mayat itu timbul.

Ada juga yang mula mengaitkan kejadian ghaib seperti mayat tidak diterima bumi dan pelbagai lagi tanggapan lain.

Apapun, semoga jasad yang timbul itu kembali disempurnakan dengan baik dan biarkan bersemadi dengan aman, semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.





Sumber - Tribunnews


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zFaPRM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.