#DUNSarawak: Skim Pembangunan Tanah Melugu Semakin Sesak, Perlu Program Pembesaran Kampung
KUCHING: Kerajaan negeri perlu mempertimbangkan melaksanakan program pembesaran kampung melibatkan Skim Pembangunan Tanah Melugu yang semakin padat dengan penduduk ketika ini.
Datuk Mong Dagang (BN-Bukit Begunan) berkata, skim yang diwujudkan pada 1960 itu untuk penanaman getah semakin padat dengan penduduk yang bertambah dari semasa ke semasa.
"Saya diberitahu tiada lot rumah kosong untuk menampung keperlukan penduduk yang tinggal secara tetap di skim ini.
"Kerajaan mungkin boleh menggunakan tanah berhampiran untuk program pembesaran kampung," katanya ketika membahaskan Bajet Sarawak 2018 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Mengenai Sekolah Kebangsaan (SK) Bakong, Mong menjelaskan, kerajaan sudah memperuntukkan tanah untuk menempatkan semula sekolah tersebut.
"SK Bakong terletak berhampiran Kampung Bakong dan Sungai Batang Lupar.
"Kawasan sekolah sedia ada agak kecil dan tiada tempat untuk pembesaran," ujarnya.-Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zBrTZe
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment