Hi! Welcome Back and Stay Tune! Elak tayar jatuh, Kamal Adli kemalangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Elak tayar jatuh, Kamal Adli kemalangan

KUALA LUMPUR: Panas dengan kontroversi kisah cinta bersama Emma Maembong dan kemenangan dalam program realiti Super Spontan Superstar yang dipertikai, Kamal Adli diuji pula dengan insiden cemas membabitkan kereta dipandu pembantunya, minggu lalu.

Dalam kejadian itu, kereta dinaiki Kamal hampir terbabas gara-gara mengelak tayar yang jatuh daripada sebuah lori dalam kejadian di laluan Nilai-Seremban di Lebuh Raya Utara Selatan.

Menceritakan insiden itu, Kamal, 31, memberitahu, dia dan pembantunya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai penggambaran, kira-kira jam 5 pagi.

"Saya dan pembantu dalam perjalanan pulang ke rumah. Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba tayar daripada lori jatuh ke permukaan jalan dan pembantu yang memandu kereta, cuba mengelak.

"Alhamdulillah, syukur saya tidak cedera cuma terkena 'airbag' yang terbuka secara automatik dalam kejadian itu.

"Saya fikir, kadang kala kecuaian begini boleh membuatkan kereta terbabas jika kita panik," katanya kepada BH Online.

Dalam perkembangan lain, Kamal yang ditemui pada majlis pelancaran produk pewangi jenama AJ De Parfum di Subang Bestari, Shah Alam, enggan melayan tanggapan negatif segelintir pihak yang mempersoalkan kemenangannya dalam Super Spontan Superstar, baru-baru ini.

"Saya sertai program itu bagi mencabar diri untuk keluar daripada zon selesa. Kemenangan itu bonus buat kerjaya saya.

"Soal layak atau tidak, saya enggan komen, terpulang kepada mereka di luar sana untuk menilai. Lagipun, mulut orang kita tidak dapat hendak tutup," katanya.

Akhir bulan lalu, Kamal menewaskan pelawak profesional seperti Fad Bocey, Achey, Mamak Puteh, Syuk Balas dan Shahrul Shiro yang bersaing di pentas akhir Super Spontan Superstar.

Kamal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.



Sumber Elak tayar jatuh, Kamal Adli kemalangan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hxDoK5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.